Friday, April 10, 2015

Cinta Selepas Kahwin Saba & Azlan - Permulaan Baru

Bismillah untuk permulaan baru. Selepas 2 tahun lebih tak tulis apa apa untuk blog, akhirnya hari ini terasa nak mulakan balik penulisan. Alhamdulillah untuk 2 tahun lepas byk perkara telah berlaku, banyak perubahan telah berlaku & Alhamdulillah untuk segala yg telah dirancang oleh Allah S.W.T. Peristiwa yang paling penting adalah pada tahun lepas Saba telah selamat bernikah dengan lelaki pujaan hati iaitu Azlan Shah Andi setelah hanya 3 minggu berkenalan. Semua nya berlaku begitu pantas, setelah kami ber - hangout (ala ala skype) kali pertama untuk meeting regional chairman utk persatuan pelajar Malaysia di Universiti kawasan South West UK di bawah organisasi UKEC, yang kemudian nya kami mulakan sesi perkenalan. Selepas itu, dia menyatakan hasrat untuk bernikah dengan Saba selepas hanya sekali berjumpa selepas 1 minggu berkenalan. Agak pantas dan juga pelik kalau di fikir kan, tetapi ketika dia menyatakan hasrat Saba merasa begitu tenang sekali, apatah lagi sebelum itu Saba sebenarnya pernah terdetik utk berdoa agar Allah tunjukkan jalan dan bantu Saba sebab merasakan kesulitan untuk kekal belajar dan praktiskan agama Islam, apatah lagi apabila berada di negara orang tanpa bimbingan orang yang arif.

[Semasa nikah berlangsung. in arabic. kami macam blur blur juga tapi Azlan steady. Sah dengan sekali lafaz alhamdulillah] 


 Saba kata pada Azlan untuk tanya pada orang tua Saba, jika setuju maka Saba tiada bantahan. Azlan cakap yang dia mahu bercouple dengan Saba tapi couple yang halal wah pick up line. Saba sebenarnya terkejut bila orang tua Saba memberikan kebenaran, terutamanya Daddy malah mendapat sokongan yang padu. Seterusnya kami bertanya pada Imam bagaimanakah prosesnya, Imam cakap tiada masalah, secepatnya pun boleh MasyaAllah. Ketika itu adalah hari Selasa yang mana kami berhajat untuk melaksanakan pernikahan pada hari Jumaat.
"Dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui ." An Nuur : Ayat 32

[Salam kali pertama, i is so nebessss!] 

 Alhamdulillah semuanya sangat dipermudahkan oleh Allah S.W.T. Kami selamat dinikah kan pada hari jumaat hanya setelah 3 minggu berkenalan dan sekali berjumpa. Yang membuatkan keyakinan Saba pada kami walaupun kami cuma akan berkenalan dan bercinta selepas nikah adalah 1 - Saba merasakan begitu tenang melihat Azlan yang mana macam takde hesitation (was was). Yakin je perasaan dia. 2 - Semua sangat dipermudahkan, dr family kami, dr majlis dan semuanya di bantu oleh Malaysian di sini. Alhamdulillah dan terima kasih ye semua. 3 - Mudah untuk kami membuat future plan dan seperti Misi dan visi kami itu seiring gitu. hehe



[Antara yang hadir. thanksss korang esp yang jadi bidan terjun e.g. chef Darleen, Make up artist Zulaikha Richard, tukang inai Kak Bazylag, personal assistant Syazana Rosley, tukang pinjam rumah Arif, saksi Shukor n Najwan, photographer Yuhanis, buat kad kahwin Rushaidi dan semua malaysian di Plymouth. tahnk you gais!] 

 Alhamdulillah juga sampai ke hari ini setelah hampir 5 bulan mungkin, kami sangat bersyukur membuat pilihan untuk bernikah dan bercinta selepas kahwin. Setiap hari belajar benda baru bersama, stress pun bersama sebab dua dua adalah pelajar tahun akhir. Kami juga mempunyai hobi yang sama iaitu backpacking & travel ke pelbagai negara. Perubahan yang paling besar adalah saba dah mula memakai niqab hanya selepas 1 bulan kami bernikah, iaitu awal tahun 2015. Tapi bukan kerana Azlan yang minta, tapi perasaan ingin memakai niqab tiba tiba datang maka Saba mencuba dan seterusnya memakai. Tapi insyallah soal niqab kita sambung di kemudian hari. Di sini Saba kongsikan sedikit gambar majlis nikah kami yang sgtlah simple. Mahar kahwin yang Saba minta pada Azlan adalah 1 tafsir Al Quran dan sebentuk cincin. Cerita lawak pasal cincin, kami cari pada hari nak bernikah sebab Azlan ada submission sehari sebelum bernikah. Haha.

[Gambar Saba & Azlan di taman setelah selesai akad nikah, ala ala musim luruh gitu]


[Honeymoon di Madeira Island, Portugal. Ini semasa hiking di Ribeira.] 

 Alhamdulillah. Azlan cakap, kita nak buat cara jalan yang diredhai Allah insyallah semuanya akan baik baik sahaja. keyakinan kena kuat, benda tak senang. Mudahkan yang halal, jauhi couple gitu. Alhamdulillah i found the One :)

8 comments:

nurule ain said...

keep writing about islam. May Allah give you reward through this blog.

Rani Maharani said...

Wali akak macam mana??

Anonymous said...

Asslammualaikum saba..citer lak pulak camner timbulnya perasaan ingin berniqab..

Sabatini Dzue said...

Guna wakalah wali dik. Imam masjid telefon bckp dgn ayah akak kmudian serahkan kbnrn, kira pas wali dkt imam. Kmudian imam yg jdi wakil ayah

Sabatini Dzue said...

Waalaikumslm. Insyallah nnt akan tulis bila ada kesemptn ;)

Sabatini Dzue said...

Waalaikumslm. Insyallah nnt akan tulis bila ada kesemptn ;)

Sabatini Dzue said...

Guna wakalah wali dik. Imam masjid telefon bckp dgn ayah akak kmudian serahkan kbnrn, kira pas wali dkt imam. Kmudian imam yg jdi wakil ayah

hani comel said...

MasyaAllah. Seriusly tertarik sangat2 jalan cerita ne.. selalu stalk saba d IG. Bila hani save pic saba, semua member kata saba n hani sama. Pakai niqab nampak sebijik dengan hani. MasyaAllah.

Currently Viewing

Followers

Instagram

Compilation video about us: