Monday, April 20, 2015

sabatini dzue - Cinta Selepas Kahwin

Cinta Selepas Kahwin

Oleh: Sabatini Dzue

Bismillahirrahmanirrahim :)

Photo of: Sabatini Dzue & Azlan Andi


Ehem ehem. Sebut pasal cinta, senyum senyum sengih sedikit. Alhamdulillah pada siapa yang taip nak tahu tentang 'cinta selepas kahwin'. Dah ada niat yang sangat baik untuk mendirikan masjid satu, yang satu lagi kerana nak ber 'couple' secara halal. Amin. Semoga segala di permudahkan oleh Allah hendaknya.

Jujurnya, Saba sendiri selama hidup 22 tahun tak pernah terfikir pada suatu hari akan bernikah muda, apatah lagi dengan bercinta selepas nikah. Tapi, jodoh ketentuan itu semestinya hak Allah S.W.T., sudah tertulis untuk Saba sesuatu takdir yang amat saba syukuri, insyaAllah sampai bila bila. Kalau orang minta tips bagaimana nak disegerakan jodoh, Saba pun akan garu garu kepala nak jawab. Tapi dari pengalaman, persiapkan lah diri sendiri, dari pelbagai segi lah paling baik. InsyaAllah jodoh itu Allah dah simpan baik baik untuk kita, tunggu masa je tu. Kadang sangat tak di duga, macam Saba lah, tiba tiba dah sampai jodoh hehe.

Nikmat bercinta lepas kahwin ini masyaAllah terlalu lah banyak, terutama bagi kami yang kenal baru berapa minggu, jumpa baru sekali. hehe tapi ini dari pengalaman saba lah. Tak tahu yang lain pula bagaimana, semua kan beza beza hehe, antaranya:


1. FULL SPEED JATUH CINTA, NO NEED BREAK. Rasa dia macam baru nak ber 'couple'. Rasa dia macam tengok zauj itu macam berdebar debar. iyalah baru kenal tiba ops dah zauj zaujah. Macam mana cool pun rasa macam nak terkeluar jantung. cuma part yang best, sebab dia zauj/zaujah kita, berdebar la sekuat mana, jatuh lah hati macam apa pun, dah memang itulah yang patut kita jatuh cinta. Best kan? huhu tak payah tekan brek. Full speed jatuh cinta lillahitaala untuk pasangan kita.


[Macam ada orang tu yang jatuh cinta dgn saya jerr hehe - @sabatinidzue]


2. FIRST TIME SEMUA SAMA SAMA. Bercinta lepas nikah, kenal pun baru, maka banyak la boleh cerita. banyak benda yang kita sebagai pasangan boleh cuba for the first time bersama. Jadi banyak lah idea yang boleh nak buat bersama sama. Contohnya pergi travel first time sama sama, makan sushi first time sama sama, memancing first time sama sama, dan semuanyalah boleh kata first time bersama sama. Setakat ini kami tak habis lagi try semua benda sama sama. Ambil masa rasanya tu hehe.


[First time BBQ, dan 1st time org berani curi jagung bakar huh nasib zauj je hehe - @sabatinidzue]

[Paintball kami pertama, yg jua first time utk Saba. Lebam but best! - @sabatinidzue]

3. IMAM & PEMBIMBING, LITERALLY. oh ini benda PALING best utk semua orang yg dah kahwin masyaAllah, bagi Saba lah. Ada yang saba baca, 'seseorang wanita islam yang teringin untuk belajar agama, sebaiknya dia bernikahlah' Wallahualam. tapi dari pengalaman saba, betul sekali itu. Sebab zauj Saba lah yang sebolehnya imam kan solat 5 waktu sehari walau kami tengah travel around Eropah. hehe. Kami sekarang siap buat denda, kalau siapa mengumpat/ gosip (ini lebih berat pada Saba haha astagfirullah) kena bayar sekian sekian, kalau lambat solat bayar sekian sekian dan seterusnya. Sebelum tidur mintak baca sirah kisah para rasul dan nabi, kan sweet gitu. hehe takdelah ceritakan kat diri sendiri dah sorang sorang forever alone haha.

[Kami di Bath bsama pengalaman pelik org tangkap gambar saba sbb makan pakai niqab lol - @sabatinidzue]



4. BODYGUARD INSTANT. Selain dari pembimbing dan juga imam Saba, zauj saba juga adalah my ultimate bodyguard gitu, walaupun kecik besar kecik besar jer tu. Hehe. terutama bila saba berniqab di bumi England dan kami selalunya travel. Kadang satu tempat ini mcm belum terbuka lagi penerimaan Islam nya, maka pelik sedikit pandangan mereka pd kita yg bniqab hehe. tapi bila ada zauj dekat tepi, rasa selamat sgt cth bila dekat Bath, UK haritu makan subway dekat atas bench ada orang ambil gambar curi curi. Nasib zauj ada tepi dia tolong guard, dpt lah makan dengan tenang. Alhamdulillah. kan dah dipermudahkan tu travel bila dah bnikah ini. nikmat sungguh, lagi lagi baru tengah nak bcinta. lagi membaralah cinta hehe

5. SURPRISE IS ENDLESS. haaa. bila cinta lepas kahwin, banyak sgt yang kita tak tahu dan boleh surprise kan kita. Ada yg baik dan sikit yg buruknya, tapi semua manis lah. kenapa manis? sebab barulah betul belajar terima pasangan seadanya. sebab belum pernah bercinta, bila si pasangan buat surprise atau cubaan nak tackle kita tu, masyaAllah rasa happy sangat. Rasa mcm omg sgt bila psgn try nak tackle kita. Contoh zauj saba letak hadiah dekat dlm toilet, orang masuk tandas dah tak jadi 'bisnes' haha terharu sgt. 

[Surprise dalam toilet weheee - @sabatinidzue]



Hee sebenarnya ada banyak lagi. tapi sebab baru 5 bulan bagi 5 contoh dahulu. bila nanti dah lebih lanjut usia perkahwinan insyaAllah lebih matang semua, boleh kongsi lagi insyaAllah. Sekarang ini fokus untuk tahun akhir kami berdua. Doakan terbaik insyaAllah. Soon nak balik Malaysia. dah boleh say good bye to Plymouth ;)

Good bye Plymouth :) - @Sabatinidzue














No comments:

Currently Viewing

Followers

Instagram

Compilation video about us:

Facebook



Total Pageviews