Sunday, April 24, 2016

NIQAB

BISMILLAHIRRAHMANIRRAHIM


Tentang Saba & Niqab 

(PART 1) 


Assalamualaikum W.B.T. :)

Berbulan tak menulis, hari ini terasa nak kembali berkongsi ttg satu topik yg agak ramai org tanya iaitu tentang Saba dan juga niqab. Kebanyakannya dah jawab personally, tp sbb ada lagi yg tanya & mungkin akan tanya atau nak tanya tp malu nak tanya or tak nak tanya tp nak tahu jugak sbnrnya, so Saba rasa baik buat satu blog post so kalau org tanya senang bagi link sahaja huhu.

Pertama sekali, post kali ini bukan nak bg fakta ttg niqab sbb sejujurnya saba pun  bukan puan yg arif sgt ttg niqab, tetapi lebih kpd pengalaman tersendiri spnjg menjadi seorang bergelar niqabis di Malaysia & juga luar negara. Tp secara kasarnya, niqab adlh sejenis kain yg digunakan utk menutup muka yg hukum memakainya adalah sunnah ye. 


Haa yg dimuka itulah niqab ye semua hehe nampak mata sahaja pilihan saba 

Jadi, apa membuatkan Saba berniqab? Soalan femes adik adik kakak kakak. Saba mula berniqab ketika di tahun akhir pengajian Degree di UK. Sebab nak berniqab kerana hanya terasa nak pakai (tak syok betul sebab dia, mesti ada yg harapkan sebab dramatik ke apa kan huhu). Saba tiada background families yg pakai niqab, & jujur sblm tu tak pernah tahu psl niqab & tak pernah bgaul or ada kawan niqabis seorg pun. Saba mula pakai tudung pun masa awal tahun Degree di UK, kemudian slowly tutup aurat sempurna di akhir tahun dan akhirnya berniqab.

Saba adlh sejenis manusia yg kalau terasa nak buat, mmg buat. Masa terasa nak pakai niqab tu, ilmu ttg niqab tu pun takde. Sekadar tahu yg niqab itu apa & hukum dia apa.  Tapi, hati terasa kuat nak jugak try berniqab. Apa rasa dia berniqab. Masa itu ada consult seorg kawan di Malaysia yg baru tahu dia sudah berniqab. Dia share pengalaman dia sikit & dr youtube. Dkt situ tahu lebih sikit ttg niqab & makin teruja nak rasa sendiri kemanisan berniqab. Rasa macam rugi Allah dah gerakkan hati nak berniqab tp tak cuba. Takut nanti rasa tu takkan pernah dtg dah pulak, kan dah rugi.

Hari pertama berniqab, Saba takde niqab pun masa tu & bukannya kedai dkt tempat Saba bljr ketika itu iaitu Plymouth, UK ada jual niqab sbb kawasan situ muslim pun tak ramai, bukan mcm di London atau Birmingham. Tapi, sbb rasa nak pakai tu kuat & taknak tangguh, Saba lilit skarf buat macam niqab. Macam tak selesa sgt nak bernafas tapi fikir takpe, nanti biasalah tu. Lepas tu, keluar rumah ke tempat kerja (Saba kerja part time masa degree di UK, kerja kedai gula gula) ada seorang pak cik tegur. Dia tanya kenapa pakai macam tu, tapi sbb dia mcm mabuk je Saba senyum jela mls nak layan. Lepastu, dia ckp ‘whatever it is, you looked beautiful’ haha sah mabuk.

Masa awal takde niqab, lilit je skarf yang ada asal boleh ;)
Kawan kawan tempat kerja pun sgt supportive. Tempat Saba kerja, hanya Saba seorang yg muslim, tapi mereka mcm ‘Saba you’re different, but we like you because you’re so cool, so we will try to understand your beliefs’. Haha poyo sikit. Tapi memang sbb Saba kedai jadi meriah, siap buat kawan baik dekat kedai tu lagi iaitu Marina. Marina pula seorang penganut agama Kristian yg tegar. Jadi setiap kali dia datang kerja, mesti ada yang dia tanya psl Islam kalau ada benda dia nak tahu. Sebab kan itu kedai gula gula import dr USA dan juga dr local UK/Scotland, jadi kebanyakannya tak boleh  makan sbb gelatine, jadi Saba terangkan pasal halal dekat semua kawan di sana. Ada seorg itu teruja bila ada keluarga Arab dtg nak beli gula & mereka tanya yg mana halal, dia boleh jawab. So, dia melompat lompat dkt Saba sbb dia macam rasa berguna jugak ada kawan muslim macam Saba hee.


with my beloved bff iaitu Marina

Berbalik tentang niqab (maaf termelencong sikit), kawan kawan di UK tak kira bangsa support Saba berniqab walau bagi mereka agak pelik ‘like why are you doing this Saba?!’ terpancar di mata mereka. Masa Saba baru nak pakai niqab dulu, Saba doa kat Allah cakap jujur Saba tak kuat kalau dia nak bagi ujian maha hebat bila Saba baru nak berniqab nanti tapi sis tetap nak cuba, so harap di permudahkan. Bila fikir balik, memang sgt dipermudahkan. Families dkt Malaysia (terutama ayah Saba) okay dgn keputusan Saba nak berniqab. Takde pulak tiba dituduh Saba sesat ke apa kan dekat UK huhu. Kawan kawan UK pun okay. Ada orang besar dugaan nya ketika baru nak berniqab. Ada kena maki, ada families tak suka, pandang serong semua. Biasalah tu sebenarnya, Allah nak uji sebab dia sayang kita. Nak bagi kita kuat, baru boleh jadi ‘ninja’ zassss huhu.

Pengalaman pertama makan masa berniqab, memang messy habis. Niqab pun makan apa Saba makan. Tips, kalau baru nak berniqab & makan di luar, bawa lah niqab extra. Actually, bawa je niqab extra ke mana mana sbb mungkin boleh digunakan masa emergency (pengalaman suami berdarah hidung masa jalan dkt Taj Mahal, India & niqab extra lah jadi pengelap hidung berdarah). Bagi siapa yang baru berniqab & risau mcm mana nak makan, makan je macam biasa tiada mslh. Kalau nak buka niqab masa makan, silakan tiada mslh tp Saba tak selesa org tgk muka (lagi lagi org yg curious nak tgk muka Saba mcm mana), so lagi sanggup korbankan niqab & bagi niqab merasa apa saba makan. Tapi percayalah, with a lot of practices, nanti pro je makan pakai niqab. Saba skrg semua jenis burger subway mee sup laksa semua boleh makan tanpa mslh ;)


Saba ketika hari last sbg degree student di Plymouth University
Ada juga org tanya, dekat UK, boleh ke berniqab? Untungnya universiti di UK amalkan polisi ‘equality’ iaitu kesaksamaan. Jadi, boleh berniqab selagi tidak mendtgkan masalah kpd pihak universiti. Masa di UK, Saba buat degree di Plymouth University & Masters di Imperial College London (& ada beberapa courses di University College London). Ketiga – tiga universiti sgt menghormati Saba sebagai seorg niqabis. Saba ke kelas dan juga exams berniqab. Cuma, masa nak ambil exams, mereka akan minta Saba ketepi dewan untuk sahkan identiti Saba. Mereka pula segan sbb terpaksa minta Saba ketepi utk sahkan identiti, siap minta maaf berulang kali lagi. Pengalaman di Imperial College London & UCL pula, mereka segan nak minta saba ambil gambar utk kad universiti, siap tanya kalau nak private booth setup untuk Saba seorang. Comel je diorang semua ;)

Kalau kad identiti tak boleh lah berniqab tapi terpaksalah cover dgn duit syiling hehe
Last sekali untuk topik niqab Part 1 adalah tentang bila travel, contohnya di airport. Sebenarnya sama je macam orang lain, kita sebagai niqabis tak lari dari kena confirmkan identiti kita. Lagi scary kalau orang tak confirmkan identiti kita, kalau orang lain menyamar jadi kita macam mana? Ish ish ish.  Saba setakat ini dah travel lebih 10 negara dengan berniqab, Alhamdulillah masih okay lagi (tapi tak tahulah kalau nak masuk USA atau Paris balik okay ke tak sekarang dah berniqab, nasib dah pernah pergi dulu hehe). Kalau Saba di airport, Saba akan angkat niqab tunjuk muka utk berapa saat je untuk security purpose masa dekat imigration (sama macam bila nak masuk exam dekat universiti). Kadang kadang kalau diorang baik hati, diorang akan panggil masuk bilik khas untuk check identiti dan suruh pegawai perempuan yang tolong identify. Kita pun boleh request sebenarnya. Jadi, jangan takut nak travel okay hehe. 

Okaylah setakat ini untuk Part 1, nanti Part 2 nak share pasal bila masa pakai niqab bila dengan keluarga, bersalin & niqab, aktiviti laut/air/lasak & niqab dan macam macam lagi kalau ada idea apa lagi nak kongsi. Kalau ada soalan boleh comment ye, insyaAllah nanti jawab dekat part 2. Terima kasih kerana sudi membaca :)

bye bye semua, terbang dulu ke Istanbul (cewah thrwoback je pun)



6 comments:

- said...

Okay kak saba sy paling curious satuuuu tu jeee! Bab air!! Hahah tak dpt byg nak pergi snorkeling n mandi air terjun ke apa nk pakai niqab. Sy ni baru 4 bulan berniqab, n byk duduk rumah je tak berani dah buat aktiviti luar sbb takut apa2 insiden pelik2 like niqab tertanggal ke apa ehehhe. Hope dpt emphasize kn psl aktiviti lasak n air kt part 2 <3

Normasliha Ismail said...

Dari fb melarat ke blog plak. Suka tgk sis

Sima Azmi said...

Assalamualaikum? Kak saba saya nak tanya ni masa kak saba mula² nak pakai niqab family kak saba marah or tekejut ke?

siti nadia ahmad shuhaimi said...

Salam..sis..saya berniat untuk berniqab tapi masih ragu..perkara yang paling utama skarang adalah..lepas habih master ni..macam mana kalau nak interview kerja dengan berniqab..bukan tak yakin dengan rezeki Allah.. InshaAllah..saya sangat yakin kepada ketentuan Dia, cuma risau tu masih ada..

Adlina Fatirah said...

Assalamualaikum kak saba..dina buat keje part time kat kedai makan..tapi mama tak bagi pergi keje pakai niqab..dina segan..tapi sebab takut mama marah dina ikut je..camna kak??dina tak biasa bukak sejak pakai niqab..

Adlina Fatirah said...

Assalamualaikum kak saba..dina mula pakai niqab masa form 5..now da habis matriks..dina ade buat part time kat kedai makan tapi mama tak bagi pakai niqab masa keje..dina segan nak bukak tapu sebab takut mama marah dina ikut je..camna kak?dina segan tapi takut mama marah..

Currently Viewing

Followers

Instagram

Compilation video about us: