Wednesday, April 27, 2016

NIQAB

Ini adalah kisah saya dan niqab



Tentang Saba & Niqab 

(PART 2)


Assalamualaikum W.B.T.

Sambungan topik last dr Part 1 iaitu travel dan niqab. Bila kita travel terutama ke tempat/negara yg bukan negara Islam, bukan mudah utk mencari ruang solat yg tertutup spt surau/masjid. Saba kalau travel dah selalu sgt solat dekat tempat tunggu bas/ ruang legar airport/ tepi tangga/ padang. Untung sgt kalau masa nak solat tu, dpt cari tempat yg bersih & kiblat dia mengadap tempat tertutup jadi tak awkward sgt buka niqab nak solat. Kebanyakan masa nya tak bernasib baik terpaksa solat di khalayak umum. Sebenarnya, makruh utk tutup muka ketika solat tp adakala Saba berada dlm situasi di mana nak solat, tapi tak selesa sbb ramai orang lalu lalang pandang sambil ada yang ambil gambar pun ada. Jadi, kalau berada dalam situasi macam ini, Saba akan pakai niqab macam pakai purdah sebab tak nak tutup dahi. Selalunya, husband lah jadi bodyguard semasa Saba solat (tak masa solat pun bodyguard jugak huhu) cover dr orang lain buat benda pelik masa tgh solat. Nak bagi satu tips, kalau Saba travel selalu bawa water spray supaya kalau nak solat & tiada tempat nak ambil wudhu', boleh guna water spray tu sahaja hehe.
Cth water spray. Boleh buat sembur muka segarkan muka juga kalau dah masam masa travel hehe


Next topic adalah berniqab dan aktiviti lasak. Saba sememangnya orang yg suka travel & aktif buat macam macam aktiviti lasak. Kalau boleh semua nak cuba. Orang tanya macam mana dari segi pemakaian ketika buat aktiviti tersebut, especially yang melibatkan aktiviti air. Kalau bagi Saba, redah je asal tutup aurat dan selamat. Saba selalunya pakai jubah & macam biasa pakai seluar dekat dalam. Kalau dkt UK bila musim sejuk selalunya hujan & berangin teruk, jadi tetap pakai jubah tapi memang macam bawang lah berlapis lapis baju dekat dalam. 

Kalau aktiviti lasak darat macam hiking, pakai tshirt labuh & seluar sbb senang nak bergerak. Kalau aktiviti air macam snorkelling & canyoneering (dia kita hiking persisiran sungai sambil terjun dekat air terjun - tak reti explain sgt dlm BM), masa Saba dekat Filipina, saba pakai baju kurung lama (pakai baju dia je, kain dia tak pakai) sebab kalau bawa tshirt cantik nanti rosak lah masuk air laut haha. Lagipun, masa canyoneering tu baju kurung Saba jenis tak melekat & mudah kering. Lepas itu, Saba pakai seluar batik, masih berniqab dan juga berstokin. Nak berniqab masa berenang esp part kena masuk dlm air macam snorkelling bukan mudah. Kalau tak yakin dengan skil berenang, jangan tau pakai kang tak pasal  lemas pulak anak orang sbb Saba pun struggle juga. Masa tengah menyelam satu tangan saba akan pegang niqab utk pastikan tak melekat dkt muka. Lepas tu dah strandby awal2 tuala dekat tepi supaya keluar je dari air first thing first capai tuala sbb nak tutup badan sbb selalunya keluar air, baju melekat sikit hehe. 


Canyoneering di Kawasan Fall, Cebu, Philippines
Snorkelling dgn whalesharks :)

Kalau aktiviti yg perlu pakai uniform or pakaian khas diorang macam skydiving & paintball, saba okay je sbb baju dia yg macam overall tu tak ketat pun, tudung oleh setup tutup dada. Cuma, utk skydive belum berkesempatan nak buat lagi sbb setakat ini yg tukang terjun sama dengan kita tu lelaki (belum jumpa perempuan lagi) so takkan lah nak diikat sekali dengan lelaki tersebut sbb skydive mmg kena terjun dgn skydiver dia yg berpengalaman. Kalau diving pula, hmm saba tak buat kut sbb pakaian dia macam fit banyak. Saba dive dalam bathtub jela mampu haha. Kalau saba jumpa muslimah yg diving tp masih menjaga aurat, insyaAllah nanti saba share ye.


bersama Mr Husband yg ajak dating paintball. Masih berniqab walau niqab walau pakai helmet macam terminator dah

Next, kita balik malaysia huhu. Ada tanya, macam mana dengan niqab di rumah atau balik kampung dan kalau ada ahli keluarga macam pak cik, sepupu datang melawat / dengan keluarga mertua. Bagi pendapat Saba, apa yang Saba amalkan adalah ikut keselesaan kita. Kalau Saba tak selesa, dengan perempuan pun Saba tak buka niqab (esp dgn orang yg asyik duk request buka niqab sbb nak tengok muka haha). Untuk Saba, dengan family mertua macam abang ipar & adik ipar lelaki, Saba tak berniqab tapi masih tutup aurat. tapi kalau selain dari keluarga suami sendiri, dengan sepupu sepapat saudara dia saba lebih selesa berniqab. Kalau dengan family Saba pula, dengan keluarga Saba dan juga sepupu yang rapat Saba tak berniqab. Tapi kalau ada sepupu yang Saba tak rapat mana, Saba akan berniqab. Jadi sebenarnya, ikut keselesaan diri sendiri hehe yang penting tutup aurat ye kalau bukan mahram walau rapat macam mana pun hehe ;).

Seterusnya, niqab dan bersalin hehe. Topik yg mungkin belum berkait dgn semua pembaca sbb tak semua dah nikah kan, tapi insyaAllah berguna suatu hari nanti bila tiba masanya nye. Baru baru ni, Saba baru selamat melahirkan anak kembar jadi dapatlah berkongsi pengalaman di sini. Saba bersalin di hospital kerajaan iaitu Hospital Serdang. Alhamdulillah dipermudahkan Allah, yang menguruskan Saba bersalin semuanya perempuan walaupun di hospital kerajaan sbb yang sambut kembar adalah doktor pakar dan doktor pakar Serdang perempuan. Jadi, masa Saba bersalin dekat labour room, masa dah contraction selang berapa minit je, Saba tak pakai niqab. Satu, sebab semua yg assist perempuan. Kedua, untuk doktor & nurse dapat tengok pernafasan kita. Bahaya tau tengah bertarung nyawa tiba tiba niqab pula kacau pernafasan, dah bertarung dengan niqab sekali. Tapi sepanjang perjalanan dari wad ke labour room, labour room ke tandas, Saba pakailah niqab. Pakai sekali handsock sbb baju dia lengan singkat sikit. 


Mummy Saba sebelum bersalin. Pakai cardigan labuh sbb sejuk & lengan pendek sikit
Okaylah, setakat ini je boleh terfikir apa nak share buat masa ini. Kalau ada benda nak share lagi, mana tahu muncul Part 3 pulak kan. Saba bukan rajin sangat menulis, sekarang macam, sosial media? apa tue? hehe HP pun share je dgn husband. Nanti terasa nak share pasal pengalaman mengandung & bersalin kan si kembar. Mana tahu bermanfaat kan hehe. terima kasih sudi membaca ye. 

3 comments:

Anonymous said...

Assalam Saba.semoga saba, suami dan sikembar yg comel e2 brada dlm sihat sjahtera, n dlindungi Allah.da lama sebenarnyer kita follow saba �� suka tgok ibu2 muda brniqab ni especially yg cam saba, cam kak faradina ghafar,cam adik aminatul akma.duk oversea pun stil berniqab, n berjaya dlam pelajaran.mnjg syariat agama.hope 1 day dapat jumpe saba n the twins? (kenal kan kak faradina ghafar? Dia duk london.study imperial jg, anak2 4 orang semua lahir kat hospital london.dier duk london lama dah dari habis skolah kot...and adik aminatul tu blajar kat ucl kalau x silap.
Semoga saba sntiasa istiqamah.in shaa Allah
-intanyuszaini

Anonymous said...

Dan adik aminatul akma.dia stadi kat ucl rasernya.suker sangat ngan kalian.doakn 1 hari kiter dapat menjjaki langkah kalian mnjadi muslimah yg cemerlang dunia akhirat

Sabatini Dzue said...

Waalaikumsalam wbt. kak faradina tu tak kenal pula sbb belum pernh terserampak tp aminatul akma tu kenal sangat heee. sbb ada certain kelas dkt UCL jadi selalu terserampak dia dkt surau UCL. Alhamdulillah terima kasih utk doa yer.

Currently Viewing

Followers

Instagram

Compilation video about us: