Assalamualaikum wbt, seperti yang telah diberitahu sebelum ini, aku menamatkan zaman bujangku setelah bertemu dengan seorang gadis di UK. Gadis yang aku
gelar ninja ini, seorang niqabis yang disenangi di Plymouth. Gayanya yang
lincah dan tak reti duduk diam sesuai dengan pencapaiannya sebagai wakil
peringkat kebangsaan Taek won Do, penerima anugerah emas akademik,
olahragawati, tokoh kokurikulum dan
pelbagai lagi pencapaian akademik sejak dari bangku sekolah.
Aku tanya kenapa
boleh sesat ke UK?
Kursus Maritime
Law and Business jawapannya. Dia bekerja mengumpul duit untuk membiayai
pengajiannya di UK. Minatnya begitu mendalam dalam bidang perkapalan namun
katanya, dia bukan bercita-cita ingin menjadi kapten kapal tetapi mahu memiliki
kapal lautnya sendiri. Ini didorong oleh arwah ibunya ketika mereka di New
Zealand. Memori mereka ke laut, ibunya sering bercerita tentang kapal-kapal
yang berlayar ketika mereka memancing bersama.
Kemesraan mereka
yang kuat sehinggakan dia pernah travel seorang diri dari Kuala lumpur ke New Zealand
untuk bertemu ibunya ketika dia berumur 9 tahun sebelum ibunya meninggal dunia
ketika dia berusia 10 tahun.
Dia tanya aku,
kenapa aku ada di UK?
Sebagai seorang
yang tidak handsome, bukan anak orang kaya dan sering mendapat tempat terakhir
dalam kelas aku sedar aku perlu ubah masa depan aku.
Sejak berumur 15
tahun aku sudah bekerja sambilan di kedai makan, bekerja di kilang dan menjaja
di tepi jalan. Pasar malam, downtown, bazar ramadhan menjual air, goreng -
goreng, Tshirt, kasut termasuklah produk kecantikan. Aku sudah lali. Bahkan
pernah aku ke Thailand cuba menyeludup herba kecantikan untuk dijual di
Malaysia. Tapi menjual Tshirt di sekolah dan pasar malam merupakan pengalaman
yang mendorong aku ke UK. Dengan kemahiranku melukis dan seni komputer aku
bekerja membuat design tshirt dan video pengiklanan. Akhirnya bakatku, aku
kembangkan di Universiti Kuala Lumpur dalam bidang animasi.
.
.
Keputusanku
cemerlang, aku dihantar untuk internship ke Indonesia selama 4 bulan dan
mendapat tawaran melanjutkan pengajian ke UK.
Di UK aku dilantik
menjadi Regional Chairman untuk perwakilan pelajar Malaysia UKEC bahagian
selatan barat dan Plymouth adalah kawasan dibawah kelolaanku. Disitulah aku
kenal Saba, kerana Saba mewakili Plymouth, kami berjumpa ketika mesyuarat
pertama bersama wakil pelajar lain secara maya setelah dikenalkan oleh Azureen,
wakil pelajar Malaysia di Plymouth sebelum Saba. Ketika itu Azureen sedang
sibuk menguruskan perkahwinannya yang akan berlangsung sebulan lagi, siapa
sangka kami yang si dia kenalkan pula terkahwin terlebih dahulu.
.
.
Majlis kami simple kos tak sampai RM2000 tapi serba ada, nasi minyak, kek kahwin, pelamin comel di ruang tamu, siap ada photoshoot bertema musim luruh lagi.
Semua atas kerjasama rakan-rakan di Plymouth yang menjadi bidan terjun mengagih tugas secara sukarela.
.Sepanjang di UK, kami juga tidak duduk diam, Saba bekerja di kedai gula-gula. Aku mengambil upah kerja freelance buat design dan mengedar risalah. Bukan itu sahaja, kami juga menjual nasi lemak dan nasi goreng £1 di London, Alhamdulillah sambutan hebat boleh lah jual dalam roughly 80 bungkus sehari.
Penat lelah kami reward diri sendiri dengan backpacking, kos travel dalam europe murah kadang-kadang boleh dapat flight bawah RM50 sehala. Kalau naik bas lagi lah murah, kami pernah berjalan kaki dari Geneva, Swizz ke Monnetier Mornex di France nak main Ski punya pasal.
.

Sekurang-kurangnya dengan ijazah ku dari UK aku kini sudah bekerjaya dan berjaya membuka kedai printing ku sendiri, berkonsepkan 'Kami Print Semua'. Selain itu secara sambilan aku juga mengambil tempahan kaligrafi menjawikan nama-nama orang tersayang dalam bentuk tulisan khat.
(Whatsapp +447985634149 atau inbox facebook Azlan Andi untuk tempah sekarang dengan harga istimewa)

.
.
Andai aku masih redha dengan nasibku 10 tahun dulu aku mungkin masih lagi menjadi designer biasa di kedai-kedai printing seperti yang aku punya sekarang. Aku teringat seorang ustaz pernah berpesan,
.
seorang jaguh karate yang boleh mematahkan sekeping papan dengan hentakan tangannya belum tentu boleh mematahkan papan yang sama dengan tenaga dan postur yang sama bila papan itu dialihkan kedudukannya dari melintang ke menegak. Begitu juga kita, walau bagai mana pun situasi hidup kita sekarang mungkin saja bila kita mengalihkan perspektif kita dalam menerima sesuatu keadaan dari terpukul dengan nasib yang biasa-biasa boleh berubah jadi nasib yang luar biasa baik hanya dengan sedikit usaha insyaAllah. Hukum usaha pasti jadi. Harapan saya jika terlihat gambar ini lagi, buanglah persepsi dia kaya boleh lah, ada duit boleh lah, kerana hakikat sebenar adalah sebaliknya aku kerja keras kerana aku sedar aku bukan anak orang kaya.
.
.
Azlan Andi
Penulis buku Biniku Ninja
Penulis buku Biniku Ninja

3 comments:
Weh, dah ada website! Bestnya baca kisah korang. Keep on updating. Hopefully will meet all 4 of you one day, insyaAllah.
Thank you Sophie :D yes pleaseee anytime dtg je k
best baca pengalaman mcm ni :)
Post a Comment