Monday, July 11, 2016

5 perkara yang saya boleh lakukan dengan Microsoft Wisepad W7

Teknologi baru dalam dunia Gadget sudah tiba!

Memperkenalkan Phablet = Phone+Tablet

Phablet 4G pertama di dunia,

Microsoft Wisepad W7

Spesifikasi unik

OS: Windows Mobile 10

Camera: Front 2MP; Rear 5MP (Autofocus with flash)

Display Screen: 7” 600 x 1024 IPS

USB: Support USB On-The-Go

Battery: 3200 mAh, 3.7V

Phablet ini antara yang terbaik di pasaran kerana selain daripada spesifikasinya yang awesome, rekabentuknya yang slim dan casingnya diperbuat dari besi membuatkannya lasak dan mudah dibawa.






Jika dilihat dari segi kegunaannya yang utama bila ditanya pada saya, pastinya tanpa ragu saya akan melakukan 5 perkara ini:

1) Revolusi baru dalam dunia gadget saya untuk pembentangan

Sebagai seorang ekskutif pemasaran dalam industri K12 education in IT no.1 di Asia. Saya boleh katakan saya berhadapan dengan pelbagai jenis gadget setiap hari tapi setakat ini yang menjadi masalah utama bagi saya ialah ketika melakukan pembentangan kepada pelanggan. Tablet adalah terlalu besar untuk saya bawa terutama sekali ketika di meja makan bersama pelanggan, manakala telefon pula terlalu kecil untuk membentang slide presentation. Dengan size sederhana Microsoft Wisepad W7 memudahkan saya melakukan pembentangan secara 1-on-1 dengan customer, walaupun di meja makan.



2) Wisepad penghubung untuk segala Medium komunikasi syarikat saya.

Untuk sebuah syarikat public listed kami memiliki pelbagai jabatan, dan email adalah medium utama dalam berkomunikasi. Untuk syarikat kami, kami menggunakan Microsoft office 360 sebagai platform email, kalendar, task, Microsoft softwares (Words, Powerpoint, & Excel) dan perkongsian drive maya OneDrive, dengan adanya Microsoft Wisepad W7 yang boleh saya gunakan sebagai hub untuk office 360 saya sememangnya device terbaik untuk saya gunakan tanpa perlu membawa laptop syarikat ke mana-mana.




3) Platform Media Sosial on the go!

Ya! Apalah guna gadget tanpa akses ke media sosial yang menjadi trend masa kini. Dengan Microsoft Wisepad W7 membolehkan saya login dan update status di media sosial dengan mudah. Aplikasi yang fully responsive mudah didapati dan interfacenya juga menarik dan tidak serabut pada pandangan saya kerana susunan aplikasi yang lebih kemas.

4) Navigasi untuk pemanduan yang lebih lancar.

Seringkali berlaku ketika menggunakan aplikasi navigasi ketika memandu saya menghadapi masalah terlepas simpang, atau pun tersalah jalan kerana peta navigasi yang tidak jelas kerana resolusi skrin yang terlalu kecil untuk telefon bimbit. Merbahaya untuk menatap skrin yang kecil terlalu lama ketika memandu kerana mengganggu fokus pemanduan, menggunakan Phablet Microsoft Wisepad W7 membolehkan saya memandu dengan lebih selamat kerana skrin yang sederhana, tidak terlalu kecil dan tidak terlalu besar sehingga memenuhi ruang dashboard.


5) Mengerat hubungan bersama keluarga dan yang tersayang

Katakan sahaja apa jenis medium komunikasi, sama ada berbual di telefon, berbalas mesej mahupun video call? semua ini adalah mudah dengan Microsoft Wisepad W7 kerana spesifikasinya yang sedia ada membolehkan kita berhubung dengan yang tersayang pada bila-bila masa.

Bukan itu sahaja, terdapat banyak lagi ciri-ciri hebat yang boleh kita enjoy dengan Microsoft Wisepad W7, resolusi grafik yang sesuai untuk gaming, akses kepada berita terkini, storage capacity yang besar, dan pelbagai lagi.

Berita gembiranya ialah Phablet ini kini boleh didapati di Malaysia, DAPATKANNYA SEKARANG DI LAZADA MALAYSIA




Entri ini adalah untuk InvolveAsia x Lazada MY blogger contest. Microsoft Wise Pad W7 ditaja oleh Lazada Malaysia dan shopcoupons.

No comments:

Facebook



Compilation video about us: