Sunday, May 14, 2017

JAPAN & KOREA (Part 1)


 CERITA TRAVEL JAPAN & KOREA

bersama babies kembar 11 bulan dengan hanya RM3050 seorang dewasa





Permulaannya, kami rancang untuk hanya ke Jepun. Terbang ke Osaka & balik dari Tokyo. Tiba - tiba tiket dari Tokyo pula mahal. Jadi, seperti biasa, saya buka skyscanner untuk scan dari Tokyo, destinasi B mana yang murah untuk terbang ke sana kemudian dari destinasi B pula ke KL. Waktu itu ada beberapa pilihan seperti Hong Kong, China & Korea. Bila saya tanya suami, terus dia excited untuk ke Korea walaupun bagi saya yang dah pernah ke Korea, tiada apa sangat di bandingkan dengan Jepun cumanya dia happy lah boleh cakap dia akan ke Korea juga. 

So, penerbangan kami adalah dari KL ke Osaka, Japan, Land transport ke Tokyo dan Tokyo, Japan ke Seoul, Korea terbang semula ke Kuala Lumpur. Masa buat keputusan untuk ke Jepun adalah 3 bulan sebelum. Dengan dah berkeluarga anak dua ni, jadi kos dia bukan macam zaman solo backpackers dulu. Ini family backpackers so kene adapt itinerary dan juga accommodation ikut kesesuaian. Takkan nak duduk dorm 10 orang pula kan huhu. Untuk bulan pertama, saya beli tiket flight yang besar dulu seperti flight KL ke Osaka dan Seoul ke KL. Budgetting akan saya tunjuk dalam itinerary ya. Okay jom terbang ke Jepun!

TRIP ITINERARY JAPAN & KOREA 2017


HARI PERTAMA [KL ke OSAKA, JEPUN]


  •  0800H - Flight AirAsia KL - Osaka, Japan [RM425 /pax , RM125 / infant] 6 hours flight. (Auto gate option for niqabis 😍 letak passport je untuk identification)
  • 1535H - Arrival Osaka Kix Airport. (Immigration using finger print & facial photograph - alah 2 saat je siap dia minta izin suami saba untuk minta lihat muka. So courteous!) Ingat isi landing form & custom form okay
  • 1600H - Prayer & Dinner at Osaka Kix Kansai Airport. Airport Osaka Kix ni muslim friendly. Surau dia sangat cantik di belakang UniqLo dan ada 3 restoran halal di sana. Jadi, kami makan di sana. Harga makanan dalam ¥900 (RM35) gitu. Rasa mahal kan set makan je dah dekat RM40 tapi itu memang harga standard or murah. ¥1000 tu macam RM10 kita je sekejap habis padahal RM40.
Di hadapan Restoran HALAL di KIX Osaka Airport
  • 1730H - Bergerak dari Kix Osaka Airport ke Osaka Station menaiki JR Line ¥1190 (RM47). Ada banyak pilihan dari airport nak ke Osaka City macam bas dan tren line lain tapi nak sama je harganya. Kami pun penat, naik apa yang jumpa dahulu. Dekat Jepun ada banyak pass untuk public transport. Mula nak ambil Kansai Pass 2 days ¥4000 tapi macam tak berbaloi sebab kami bukan nak berjalan sakan sangat. Kalau tanpa babies, berbaloi lah juga. Jadi beli day pass ¥600 je sehari. Jimat! 
  • 1800H - Tiba ke Airbnb Kazuyo  iaitu studio room. Untuk dua malam kami dapat RM442, tapi sebab dapat travel kredit dari Airbnb RM90, jadi RM352 sahaja untuk dua malam. Kira dah jimat sangat sebab kira nya satu malam hanya RM176 untuk satu bilik. Kalau siapa datang dengan kawan, boleh bahagi lagi harga bilik jadi kena bayar RM88 je tapi dapat bilik memang best habis dan selesa. Boleh masak pula tu!
Katil single tapi boleh tarik. Sangat comfy!

Pintu masuk. Masuk je ada toilet dan shower sebelah kanan, ada mesin basuh dan kitchen sebelah kiri.

Untuk tengok lebih lanjut klik --> Airbnb Kazuyo

  • 2000H - Hajat di hati nak explore Namba & Dotonbori sebab dekat je dalam 30minit jalan kaki, tapi kembar penat plus sejuk pula touch down time winter di Osaka, jadi kami hanya merehatkan diri dalam bilik sambil makan megi hehe.

KOS HARI PERTAMA: RM600

HARI KE - 2 [OSAKA & KYOTO]

Sabatini dan Adam di Namba Street
  • ·       0900H – Rancang nak ke Kyoto awal pagi pukul 7AM tetapi nak siapkan anak, jadi terkeluar lambat. Kami mulakan hari jalan ke Dotonbori Street dan cari Takoyaki. Takoyaki Halal ada  di Restoran Matsuri. Kemudian kami ke Shinsaibashisuji street untuk beli winter jacket untuk babies. Sebab dekat Malaysia tak sempat beli.

  • ·       1300H – Beli tiket Shinkasen untuk naik Bullet Train ke Kyoto. Harga JPY1420 SATU HALA (RM55). Perjalanan hanya 15 minit menaiki tren terpantas dunia ini. Memang berbaloi untuk pengalaman.

Bergambar dengan Shinkansen, kereta api terlaju di dunia


  •        1315H – Tiba di Kyoto. Destinasi pertama adalah Arashiyama Bamboo Grove. Dari Kyoto Station, naik JR Sagano Line ke Saga Arashiyama JPY240 (RM10).
  • ·       1400H – Tiba di Arashiyama Bamboo Grove. Perjalanan dari stesen ke hutan buluh ambil masa 10 minit berjalan kaki. Dekat sini boleh sewa basikal. Memang teringin sangat naik basikal dengan kembar tapi tiada pula tempat duduk bayi tu. So, terpaksa batalkan niat tu. Lunch kami makan roti sahaja dan pack nasi goreng masak sendiri.


Di Arashiyama Bamboo Forest, bersama Biniku Ninja ;)
  •  1600H – 2 jam di habiskan hanya di Arashiyama sebab berjalan naik atas bukan mudah dengan bawa kembar. Bila travel nak bawa anak, memang kena prepare untuk tukar itinerary last minit dan kurangkan destinasi berjalan sebab bukan sahaja mereka yang penat, kita yang bawa dukung mereka lagi lah 2X penat. Solat jamak di stesen metro dekat tepi tangga sebab tiada fasiliti di sediakan.
  • ·       1700H – Gerak balik Kyoto Stesen JPY240 (RM10). Kemudian, kami berjimat naik kereta api biasa sahaja pulang ke Osaka JPY560 (RM22) menaiki JR Kyoto Line Special Rapid Service.
  • ·       1800H – Kami jalan di sekitar Osaka sebelum pulang ke Airbnb Kazuyo (RM88/malam). Rest well! Kami bawa kuali kecil untuk masak, So dinner dah jimat, masak nasi dan sardine!
KOS HARI KEDUA: RM185

HARI KE – 3 [KYOTO ke LAKE KAWAGUCHI]
  • ·       1100H – Awal pagi lepas sarapan, kami check – out! Terus ke Kyoto naik JR Kyoto Line Special Rapid Servie JPY560 (RM22).
  • ·       1130H – Tiba di Kyoto. Simpan beg di loker simpanan. Bayar JPY700 (RM27) untuk 2 beg besar. Kemudian, kami ke Fushimi Inari. Tiket tren jr Nara Line adalah JPY140 (RM5.5) 5 minit perjalanan.
Family potrait di Fushimi Inari. Minta random person tolong ambi gambar haha

  •      1300H – Pulang semula ke Kyoto Station JPY140 (RM5.5). Kami solat dengan selesa di Kyoto Tower kerana ada surau di sediakan di Tingkat 3.
  •       1400H – Bergerak ke Kiyomizudera. Naik bas nombor 100 dari Kyoto station JPY500 untuk bus daypass. Turun di Kiyomizu-michi bus stop. Berjalan naik ke Kiyomizudera dalam 10 minit
  •           1500H – Gerak ke Gion. Naik bas sama nombor 100.
  •          1530H – Tiba di Gion. Berjalan dan makan petang di Naritaya Steak. Dinner dalam RM40.
  •      1800H – Kembali ke Kyoto Tower. Solat. Beli tiket bas ke Lake Kawaguchi. Harga tiket ekonomi sekitar JPY6800 (RM260). Kalau first class sekitar JPY8200 (RM320). Ambil midnite bus sbb jimat hostel.

KOS HARI KE – 3 : RM420

HARI KE – 4 [LAKE KAWAGUCHI]

  • ·       0800H – Tiba di Lake Kawaguchi selepas dekat 8JAM di dalam bas. Pengalaman pahit bila anak – anak excited naik bas sampai kena sound dengan drebar bas. So, kena pastikan anak – anak anda well behave sebab culture di Jepun, mereka tidak gemar bising walaupun anak ketawa.
  • ·       0900H – Terus gerak ke Airbnb Koo. Harga satu malam adalah RM279 [RM145 / PAX]. Walaupun mahal tapi berbaloi sebab dapat bilik selesa yang boleh muat sekitar 4 orang dewasa dan juga ada tempat untuk masak dan basuh baju. Memang rata – rata harga penginapan di Lake Kawaguchi agak mahal.
  • ·       1100H – Selepas berkemas, kami ambil 2 day pass untuk melihat sekitar Lake Kawaguchi JPY1500 [RM60]. Memang berbaloi ambil sebab banyak sangat tempat untuk di lawat,tak cukup 2 hari.
  • ·       1130H – Perhentian pertama kami adalah Ryokan ataupun kolam air panas semulajadi dari gunung berapi. Ada banyak sekitar Lake Kawaguchi tapi yang kami pergi adalah Royal Hotel Kawaguchi JPY1000 / pax [RM40]. Cuma, mandi air panas di Jepun, mereka mengamalkan bebas pakaian, jadi kalau wanita atau family, boleh pergi ryokan yang private untuk family.
  • ·       1230H – Selepas berendam, kami ke destinasi seterusnya iaitu Cable Car Kawaguchi. Tiket cable car JPY800 return / pax [RM30]. Ini Adalah satu tempat untuk menangkap gambar berlatar belakakangkan Mt Fuji yang lawa.
Kami sekeluarga dalam cable car
  •       1400H – Turun dari cable car, kami ke restoran arab unutk lunch. Kami kongsi makan jadi hanya belanja JPY1000 untuk satu pinggan. [RM20/PAX]
  • ·       1500H – Kami bergerak ke destinasi seterusnya iaitu Funatsu Onsen Town dan juga ke museum Fuji.
  • ·       1800H – Pulang ke Airbnb Koo.


KOS HARI KE -4: RM284


sambungan penuh di PART 2 !




No comments:

Currently Viewing

Followers

Instagram

Compilation video about us:

Facebook



Total Pageviews