Sunday, May 14, 2017

JAPAN & KOREA (Part 2)


Anda dah baca part 1? Kalau belum, kena baca dulu.
Part 1 tentang persediaan dan hari 1-4, part 2 hari 5-10


HARI KE – 5 [LAKE KAWAGUCHI à TOKYO]
  • ·       0900H – Check out Airbnb. Kami letak luggage di storage JPY1000 [RM40] sebab nak berjalan sekitar Lake Kawaguchi.
  • ·       1000H – Kami ke Lavender Field, di Kawaguchiko Natural Living Center. destinasi terakhi runtuk red line. Makan ice cream matcha sambil lihat Mt Fuji.
  • ·       1200H – Kami pulang semula ke Kawaguchiko Station dan ambil bas line Hijau ke Lava Cave. Hanya ini destinasi kami boleh pergi kerana bas line hijau sangat jauh perjalanan dan jadual bus yang tidak frequent.
  • ·       1700H – Ambil bas dari Lake Kawaguchi station ke Tokyo Staion. Tiket bas JPY1800 satu hala/ pax [RM70]. Perjalanan ambil masa sekitar 2 JAM setengah. Satu kami belajar, kene 30 minit awal sbb bus dia sgt on time. 2 kali kami terlepas bas.
  • ·       1800H – Kami terus bergerak ke Airbnb sebab penat seharian berjalan. Airbnb Kei jadi pilihan kami sebab bilik seperti tradisional Jepun. Harga dalam RM200 satu malam, tetapi kami sekali lagi menggunakan Airbnb Credit untuk pengguna baru, jadi dapat diskaun RM90. Kami pilih untuk dua malam, jadi semua sekali RM285. So per pax / per night adalah RM71.
  • ·       Malam itu kami makan sushi dan masak megi.

KOS HARI KE – 5: RM181

HARI KE – 6 [TOKYO]
  • ·       1200H – Kami ambil day pass Tokyo metro JPY600 [RM30]. Destinasi pertama adalah Imperial Castle Tokyo. Kemudian kami ke East Garden. Kebiasaan nya ada tour di sekitar Imperial Castle setiap rabu. Untuk tour ini adalah percuma!
  • ·       1400H – Kemudian kami ke Harajuku. Berjalan sekitar Shibuya dan juga kami mencari daiso.
  • ·       1600H – Kami ke Meiji Shrine dan kembali ke Tokyo station.
  • ·       2000H – Satu lagi malam di Airbnb Kei [RM71]. Makan malam nasi goreng dan sardine masak sendiri.

KOS HARI KE – 6 : RM101


HARI KE – 7 [TOKYO à SEOUL]
  • ·       1000H – Check out dari Airbnb.
  • ·       1100H – Jalan – jalan Tokyo. Kami melawat Masjid Tokyo di Shibuya dan kemudian mencari Shibuya Famous Crossing.
  • ·       1400H – Kami bergerak ke Euno unu bertemu dengan rakan yang belajar di Jepun dan beliau bawa jalan – jalan Tokyo.
  • ·       1800H – Kami makan ramen halal di Restoran Ayam – ya. Kawan belanja.
  • ·       1900H – Berjalan ke Akibara.
  • ·       2100H – Bergerak ke Airport. Transfer ke Airport JPY3000 [RM115]
KOS HARI KE – 7 : RM115
HARI KE – 8 [SEOUL]
  • ·       0200H – Flight dari Tokyo à Seoul. Harga tiket RM280 / pax naik Peach Airlines.
  • ·       0500H – Tiba di Seoul dan lepas dari imigresen. Belikan T – Money Card KRW5000 [RM20] dan topup KRW10,000 [RM40].
  • ·       0600H – Kami solat subuh di lantai B2 di Queit Room kerana tiada surau di sediakan di Incheon Airport. Lepas solat, kami bergerak ke AREX tren stesen untuk ke Hongik University di mana Airbnb kami berada. Tiket AREX harga KRW3900 [RM14.5]. Tak boleh pakai T – Money sebab AREX seperti KLIA Express, jadi tiket adalah berbeza.
  • ·       0800H – Kami tiba di Hostel Patio Hongdae 99. Memang tak recommend! 1, susah nak cari. Kedua, tak seperti dalam gambar, tak safety katil dengan babies. Kami book ada dapur tapi tak dapat. Jadi, kami cancel kan satu malam, dan gerak cari hostel lain. Satu malam Per Pax / Per Night RM75.
  • ·       1200H – Lepas berehat sikit sebab penat tidur tak betul dan sebab dah hari ke – 8, kami keluar selepas solat Zuhur. Destinasi pertama adalah Geongbukgong Palace, Line 3, Exit 5. Berjalan sekitar Palace dan ramai pakai Hanbok iaiu pakaian tradisional Korea. Boleh di sewa sekitar KRW10,000 [RM40].
  • ·       1500H – Rancang nak ke Hanok Village, tetapi hujan dan salji mula turun, jadi kami pulang ke hostel. Hanok village memang berdekatan dengan Geongbukgong Palace.
  • ·       1700H – Selepas hujan redha, kami bergerak ke Itaewon untuk makan malam dan menziarahi Masjid Itaewon. Banyak restoran halal di sekitar masjid dan malam itu kami makan makanan asli Korea iaitu Bibimbap, Tteokbokki dan Samgyetang.
  • ·       2000H – Selepas berjalan di Itaewon, kami pulang ke hostel untuk istirehat.
KOS HARI KE – 8 : RM449
HARI KE – 9 [SEOUL]
  • ·       0800H – Pagi kami keluar, hujan turun dengan lebat di serta dengan snow. Plan asal mahu ke Nami Island dan juga Petite France tetapi terpaksa di batalkan atas sebab cuaca. Tapi untuk pengetahuan, ke Nami Island menaiki tren kos adalah KRW3000, teksi KRW4000 (boleh share 4) dan one way feri adalah KRW8000. Jadi, untuk return kos Seoul à Nami Island adalah sekitar KRW25,000 [RM95]
  • ·       1000H – Hujan jadi renyai – renyai, kami bergerak pindah ke Hostel baru iaitu JC Dangdaemun. Harga masih sama sekitar RM75 per night / per pax.
  • ·       1200H – Selesai pindah randah, kami bergerak semula ke Geongbukgong Palace dan kali ini ke Hanok Village. Topup KRW10,000 [RM40] untuk T- Money.
  • ·       1400H – Tengahari kami ke Nandaemun Market dan juga myeongdong untuk beli souvenirs.
  • ·       2000H – Pulang hostel dan berehat. Makan malam megi sahaja dan tteokbokki masak sendiri.
KOS HARI KE – 9 : RM115

HARI KE – 10 [SEOUL – KL]
  • ·       1000H – Check out Airbnb.
  • ·       1100H – Gerak Airport KRW3900 [RM14.5].
  • ·       1300H – Flight Seoul à KL RM580 / PAX. Boleh dapat lagi murah kalau beli awal.
KOS HARI KE -10 : RM594.5
JADI, JUMLAH KESELURUHAN KOS 10 HARI 8 MALAM JAPAN & KOREA ADALAH JENG JENG JENG MYR3050! Kalau nak ke Universal Studio Japun tambah lagi RM300 dan jika mahu ke Nami Island juga tambah RM100.
JADI KALAU RM3450 DAH BOLEH DAPAT ALL INCLUSIVE  FLIGHT, LAND TRANSPORT, ACCOMMODATION, FOOD, ENTRANCE TO USJ & NAMI ISLAND.


Maaf banyak gambar terdelete sebab ingat suami dah save yang ada kat insta dengan video boleh tengok kat sini :



 

No comments:

Currently Viewing

Followers

Instagram

Compilation video about us:

Facebook



Total Pageviews