Sunday, May 28, 2017

Port Buka puasa RM7.90 kat Mines





Orang kerja di Kuala Lumpur di bulan Ramadan ni memang mencabar sikit nak cari port buka puasa yang murah dan selesa. Haritu saya ada jumpa port best nak ajak member sekerja untuk buka puasa lepas habis working hours dengan harga bawah RM8 untuk main course sekali dengan air.



Foodtopia Foodbulous weekday treats

Untuk kempen Foodtopia Foodbulous weekday ni kita boleh pilih nak makan apa, 
tak kisah lah makanan arab ke, makanan korea ke, makanan melayu ke, makanan western ke, 
kita ada 7 restoran yang kita boleh pilih semuanya RM7.90 sahaja per meal, main course + air. 

Jom kita tengok makanan-makanan yang ada:


1) Fish.co

Terkenal dengan Seafood in Pan, kita boleh makan seafood siap set ikan dengan nasi, salad + air. atau pun kalau nak makan spaghetti pun sama, hanya RM7.90 je.



kita boleh pilih sama ada nak makan Spaghetti Pomodoro, Fiery Catch ataupun
Seasonal Catch with Spicy Teriyaki

2) The Chicken Rice Shop

Nasi ayam paling famous di Malaysia, di The Chicken Rice Shop kita boleh pilih 3 menu nasi ayam Roasted Chicken Rice, Steam Chicken Rica atau pun Soy sauce Chicken Rice. semuanya pun RM7.90 set sekali air.







3) Sepiring

Masa makan kat sini terkejut tengok Rendang + Set Pulut Kuning + air pun sama juga RM7.90. bukan tu je laksa + air diorang yang famous tu pun jadi RM7.90



4) Little Fat Duck






Haa yang ni sangat sesuai untuk orang yang suka makan pasta and jenis 'grab and go' pasta dia memang best habis. Ada 4 flavours Bolognese, Carbonara Chicken, Carbonara Beef dan Flavour kegemaran saya Chicken Mornay. Sama juga set dengan air RM7.90 je.


5) Pizza San Francisco

Selama ni tak sangka dalam poket cuma ada RM8 pun dah boleh masuk Pizza San Francisco order main course. Fish and chip dia gebu and fillet dia ada few medium pieces bukan 1 pieces besar so sesuailah untuk share dengan orang atau nak take away, bukan tu sahaja kita juga boleh order Carbonara pasta untuk harga yang sama. Carbonara dia pekat and creamy + ada banyak isi ayam so sangat puas hati.

6) Almendi's

Kedai makanan timur tengah yang terkenal ini juga turut sama menyertai kempen Foodtopia dengan menyajikan set main course set Nasi Ayam Mendi masih lagi mengekalkan keistimewaan hidangannya dengan 100% beras basmati (bukan beras campuran)
Restorannya yang sangat luas dan selesa sesuai untuk ajak rakan-rakan atau pun keluarga makan beramai-ramai.



7) Dubuyo

Antara set semua yang saya makan yang ni paling saya terkejut sebab set makanan korea ni portion dia besar and sangat berbaloi untuk RM7.90. Ada dua jenis menu yang kita boleh makan dengan menggunakan voucher Foodtopia. first : 
Soondubu Jigae, yang ni kita boleh pilih sama ada nak ayam, daging atau pun seafood (saya suka seafood sebab udang dia besar!) atau pun pilihan kedua Honey Garlic Bulgogi, saya cuba juga ni memang kenyang betul sebab semangkuk nasi tu penuh dengan daging siap ada telur mata lagi kat atas.


NI laa dia, tengok tu udang dia kemain besar!



Puas hati kan! Ni semua 1 set cuma RM7.90

Okay Korang dah tengok meal ni semua so macam mana nak dapat deal harga RM7.90 tu? sebab kalau korang main redah je kat restoran tu confirm tak dapat harga RM7.90. Ada caranya. First sekali kena claim voucher kat sini --> http://bit.do/foodtopiamines
lepas tu korang akan terima voucher tu melalui email nanti nak makan tunjuk je email tu dah boleh makan makanan di atas untuk RM7.90 sahaja.

Tapi kena cepat sebab promosi tamat 2hb Jun 2017!
Lepas tu korang boleh pergi bila-bila je kecuali sabtu dan ahad. yelah dah nama pun Foodtopia Foodbolous Weekday Treats of course lah weekdays je. Enjoy your meal!


Azlan Andi
0189014301
  

No comments:

Facebook



Compilation video about us: