Monday, June 26, 2017

Menu unik Kentang US!

Alhamdulillah, hari itu di beri rezeki untuk menyertai kempen US Fries Fiesta 2017.


Posh U.S. Fries yang sedap dan mengenyangkan!

Kali ni lokasinya terletak di Yellow Brick Road di Jalan Batai, Bukit Damansara. Memang sangat teruja sebab dengar kata kentang dari US ini berkualiti tinggi dan rasa dia memang terbaik. Cuma, waktu sampai di Jalan Batai, parking susah sikit sebab peak hour. Tapi, kawasan sekitar Jalan Batai memang ada banyak restoran dan Yellow Brick Road merupakan yang paling depan sekali, masuk terus jumpa restoran!
Suasana kafe dan restoran sangat selesa dan decor yang cantik. Selepas beberapa minit, menu kentang pertama sampai iaitu Posh U.S. Fries! Memang terliur tengok, portion pun banyak untuk seorang makan.

Kemudian, tak berapa lama selepas itu, menu kentang kedua pula sampai, U.S. Wedges dengan sos bolognese yang portion nya tidak kalah banyak juga. Sekali suap je, menu ini terus jadi favourite! Sebabnya, cukup semua rasa, ada pedas sikit, ada masam, masin dan manis. Rasa macam makan spagheti tapi versi kentang U.S. wedges. Memang sedap sangat!
Inilah U.S. Wedges favourite saya tu!

Di samping menu kentang, Yellow Brick Road juga ada banyak menu pilihan lain, tapi specialty mereka adalah western. Banyak menu minuman yang menarik dan pilihan Saba hari itu adalah Caramel Popcorn Float. Saba memang suka float, suka popcorn dan caramel juga jadi menu air ini memang kena sangat dengan Saba! Another favourite yeay!
Caramel Popcorn Float
Akhirnya, satu menu sahaja dapat habiskan iaitu wedges kemudian Posh U.S. Fries Saba bungkus bawa balik untuk suami dan anak - anak. Jadi, buat siapa yang ingin merasa kentang dari U.S. masih berkesempatan untuk menyertai kempen U.S. Fries Fiesta di Yellow Brick Road atau di mana - mana outlet yang mengambil bahagian. 

US FRIES FIESTA

Yellow Brick Road 
@ Batai Village, Bukit Damansara

 50490, 7, Jalan Batai, Bukit Damansara, 50490 Kuala Lumpur



No comments:

Facebook



Compilation video about us: