Sunday, June 18, 2017

Launching US Fries Fiesta!



Fiesta Kentang US 2017 kini berada di Malaysia!

U.S, Fries Fiesta 2017 memberi peluang kita merasa menu kentang dari USA yang menggiurkan!


Assalamualaikum W.B.T. dan Selamat Menjalani Ibadah Berpuasa 😉 
Buat pertama kalinya, Saba di jemput untuk merasai kentang US pelbagai menu  dalam kempen US Fries Fiesta di salah satu outlet yang mengambil bahagian. Rupanya, US Fries Fiesta ini berlangsung dari 15 Jun 2017 sehingga 30 Julai 2017 dan ini merupakan tahun ke-2 kempen ini di adakan di Malaysia. Kira dalam sebulan setengah macam itu sahaja, jadi kalau nak merasai kentang dari US dalam pelbagai menu, kena cepat lah ke restoran ataupun cafe yang mangambil bahagian dalam  kempen ini ya. 

Antara restoran yang mengambil bahagian adalah:

  • Novotel Hotel
  • Sams Intan
  • Yellow Brick
  • Movida
  • Smores
  • La Bodega
  • Press Room
  • Chaiwala Café
  • Bonne Gilla
  • Nevermine Pub and Bistro

Antara jenis - jenis kentang yang di gunakan dalam kempen ini:

  •  U.S Frozen Wedges
  •  U.S Hashbrown
  •  U.S Straight Cut Fries
  •  U.S Crinkle Cut Fries
  •  U.S Curly Fries

      Melalui kempen ini, banyak juga informasi baru Saba dapat. Tahu tak yang kentang dari US adalah yang sangat berkualiti tinggi? Kentang dari US ini mempunyai peratus 'pepejal' yang tinggi dan rendah kandungan gula. Yang best sebab kentang - kentang US ini dinobatkan sebagai kentang yang paling mengiurkan dan menarik dari rupa, rasa dan tekstur! Siapa nak rasa kentang terbaik kualiti, boleh cepat pergi ke mana - mana outlet yang mengambil bahagian lah ye! 😎


US Fries Fiesta 2017
15 Jun 2017 - 30 Julai 2017
Outlet - Outlet :
Yellow Brick, Novotel Hotel, Sam's Intan, Movida, Smores, La Bodega, 
Press Room, Chaiwala Cafe, Bonne Gilla, Nervermine Pub & Bistro






No comments:

Facebook



Compilation video about us: