Sunday, December 3, 2017

Foodtopia Food Tour: MAKAN FOR FREE!

Salam hi korang, kali ni nak share pengalaman kami ronda shopping mall terjah restoran dan makan FREE! Yang bestnya sebab korang pun boleh makan free macam kami juga!
Sebelum saya share caranya macam mana, nah! saya nak kongsi pengalaman saya supaya anda tahu what to expect semasa tour makan free ni. Jom!


Kami sampai di Mines Shopping Mall tepat pukul 2 pm selepas selesai solat Zohor. Kemudian kami mendaftarkan diri di kaunter untuk mendapatkan sticker sebagai tanda yang kami ni salah seorang peserta Food tour ini.

Untuk tour ini seramai 90 orang yang terpilih, dan kami dibahagikan kepada beberapa kumpulan. 
Setelah itu team organiser Foodtopia akan bawa kita restaurant hopping di beberapa restoran terpilih di dalam Mines shopping mall. Untuk tour yang saya join ni restoran-restoran yang saya dapat terjah dimulai dengan Makan Culture, Sepiring, Dubuyo, Kimosasa, Sakae Shushi, dan diakhiri dengan dessert di Ah mah traditional homemade sponge cake. Restoran yang dipilih ni tak tetap, maksudnya mungkin saja untuk tour Makan free korang nanti korang akan dapat makan di restoran yang berbeza.

Makan Culture

Makan Culture ni adalah salah satu rangkaian restoran Sakura Kristal. Pernah dengar kannn? Rangkaian mereka dah lebih 10 tahun dengan 10 branch berbeza seluruh negara. Resepi 10 tahun pengalaman khusus dalam citarasa asia dan western yang dijamin halal, mereka sajikan dengan konsep baru di Makan Culture. Contohnya makanan yang kami jamah ni kombinasi makanan barat iaitu spageti dan ayam masak mentega. namanya Butter Chicken Spaghetti Olio + Ayam Goreng.
Sedap dan mengenyangkan!



Sepiring

Restoran yang khusus dalam menyajikan sajian masakan tradisi Malaysia yang dengan tema moden ini memang sangat menarik! Restoran pun cantik dengan pilihan menu yang pelbagai. Di restoran ini kami dijamukan dengan hidangan Laksa penang yang kaw dan paling fevret saya durian pancake!



Dubuyo

Dubuyo memang specialist dalam hidangan Urban Korean Cuisine. Sememangnya halal dan rasanya mengimbau pengalaman masa saya ke Korea dulu. Semasa kami di restoran ketiga ni, kami disajikan dengan makan tradisi korea iaiti Spicy Toppokki + Korean Spicy wings.
Jangan risau! rasa pedasnya tidak terlalu pedas.



Kimosasa

Baru sahaj dibuka, Kimosasa merupakan Cafe international-style vegetarian pertama di Malaysia. Menghidangkan juadah tanpa daging tetapi menu yang disediakan tetap menyelerakan.  Menu yang disajikan ialah Piza, vegetarian bacon, salad dan smoothies Sour Plum + Mango. Yummie!




Sakae Shushi

Makanan korea sudah, western sudah, local food pun sudah, vegeterian pun sudah seterusnya ialah
makanan jepun pula! Sakae Shushi memang merupakan restoran jepun yang ternama di Malaysia.
Untuk Sakae Shushi kami berpeluang merasa salah satu menu kegemaran di sini iaitu Ebi tempura, Cheese Maki, Mee Soba, Handroll shushi yang digulung fresh oleh chef kerana menurut chef, seaweed yang lembut sukar dikunyah, jadi handroll yang fresh akan membuatkan kepingan rumai laut rangup dan sedap dimakan dengan inti shushi yang enak. Kami juga dapat merasa teh hijau + air bunga yang merupakan kombinasi bunga asli seperti Marigold, Globe amaranth, bunga jasmine dan pelabagai lagi




Ah mah Traditional Homemade Egg Sponge Cake

Akhir sekali, kami dihidangkan dengan kek yang super lembut dan gebu iaitu kek perisa original dan coklat dari resepi tradisi Ah mah. Kek sememangnya viral baru-baru ini kerana rasa dan texturenya yang gebu. 




Hari itu memang kami terkenyang yang amat, jadi kepada anda yang nak juga merasai pengalaman menyertai foodtopia Makan for FREE, boleh follow step by step kat bawah ni:

1 ) Daftar sebagai members CAPITASTAR secara percuma di sini
2 ) Berbelanja sekurang-kurangnya RM30 dalam satu resit
3 ) Tunggu pengumuman dari Facebook Mines Shopping Mall untuk event Foodtopia seterusnya.

Tak ramai yang tahu lagi pasal FREE food tour makan free ni especially orang melayu, jadi grab peluang anda.

Kalau rasa post ni bermanfaat share dengan kawan-kawan juga :D

No comments:

Facebook



Compilation video about us: