Saturday, January 6, 2018

Restoran Italy yang best Sunny Queen

Makanan barat yang unik tapi sedap gila!




Assalamualaikum, sebaik sahaja Saba pulang dari London, kami sekeluarga menerima jemputan untuk makan di sebuah restoran Italy yang baru di Kuala Lumpur. Selain dari Saba dan si kembar, saya juga mempelawa pasangan viral Alif Teega dan Aisyah Hijannah untuk menyertai food review kali ini.


Serious rare restoran Italy ni. Namanya Sunny Queen, terletak di Sunway Pyramid betul-betul dalam shopping mall. Sekali melangkah ke dalam restoran tu kami terus terpukau dengan reka bentuk dalamannya yang unik. Bertemakan ala-ala Alice in Wonderland membuatkan kita terasa seperti makan di alam magik gittew. 


Cantikkan background? inilah meja makan kami.


Sebaik sahaja saya memilih tempat duduk kami yang special ni, perkara pertama yang saya buat adalah memastikan makanan yang disediakan adalah halal. Jadi saya dibawa untuk berkenalan secara langsung dengan manager restoran, dan terus saya diyakinkan bahawa makanan yang mereka sajikan adalah halal. Namun memandangkan restoran ini baru sangat-sangat dibuka mereka masih dalam proses mendapatkan lesen halal dari JAKIM. Manager malah meyakinkan saya dengan menunjukkan sijil halal dari JAKIM milik syarikat pembekal ayam dan daging mereka. 


Tak cukup dengan itu, seperti biasa saya juga membuat pemeriksaan mengejut ke dapur mereka untuk melihat cara penyediaan makanan mereka, bagi memastikan tiada bahan terlarang seperti alkohol atau daging tidak halal digunakan. Alhamdulillah saya berpuas hati.

Sekarang masa untuk makan.


Bila makanan dihidang je kat meja kami, saya cukup kagum dengan plating yang sangat stylish dan nampak menyelerakan. Terutama sekali Pasta yang berwarna warni ni.

Inilah dia menu yang kami pilih. Nampak sedap betul bila sampai depan mata.



Mixed Seafood Green Pasta
Mentako Shrimp Pasta

Squid ink Mix SE Pasta

Dancing Queen (Half Chicken)

Porcini and Mushroom Rice


Sejujurnya setiap menu mempunyai keunikannya tersendiri, Dancing Queen Half chicken merupakan kegemaran saya. Ini kerana penyediaaannya yang rapi, di mana setiap ayam dipanggang selama 1 jam 30 minit, setelah itu ia akan dicelup didalam kolah minyak yang menggelegak selama 3 minit untuk memastikan bahagian luar ayam tersebut crispy dan tampak golden reddish!

Pasta juga tidak kurang sedapnya. Setiap pasta mempunyai rasanya yang tersendiri, setiap pasta dimasak dengan api yang membara setinggi 1 kaki dan teknik gaulan gravynya yang membuatkan rasa sekata menyaluti setiap helaian spaghetti bukan gravy yang dituang di atas spaghetti yang direbus semata-mata. Warna pada pasta pula bukanlah pewarna tetapi gravy asli mengikut perasa menu secara natural, misalnya pasta berwarna hitam itu dari dakwat sotong dengan rasa sotong yang asli. Rasanya yang tidak keterlaluan dan tidak memuakkan membuatkan setiap portion itu just nice!

Untuk yang lebih gemar dengan nasi, boleh merasa nasi goreng cendawan Porcini. Memang lain dari yang lain dan sesuai untuk kanak-kanak kerana rasanya yang tidak pedas tetapi sangat sedap.


Minuman segar dan menyihatkan!

Bukan sahaja menu makanannya yang unik, minuman yang disediakan juga sangat menarik. Kami dihidangkan dengan 2 jus buah-buahan iaitu I am Melon dan I am Pineapple. Kedua-dua jus ini dihidangkan terus di dalam buah!


Selesai makan dan minum jus buah kami dikejutkan dengan menu terakhir yang paling istimewa.
Tiba-tiba datang beberapa orang pelayan dengan gimik penyediaan teh yang unik!
Rasanya sedikit tawar tapi memang menyegarkan.



Terima kasih Sunny Queen atas pengalaman yang unik ini, sekarang Sunny Queen sedang menjalankan promosi dengan voucher tunai percuma. Boleh lawati instagram dan Facebook Sunny Queen untuk update terkini :

www.facebook.com/sunnyqueenmalaysia




No comments:

Currently Viewing

Followers

Instagram

Compilation video about us:

Facebook



Total Pageviews