Monday, February 19, 2018

Steamboat Buffet Kungfu Panda




Assalamualaikum, kali ini kami nak kongsi dengan anda port makan steamboat buffet paling gempak
kat Lembah Klang!

Mana tak gempak, restoran ini merupakan kampung Kung Fu Panda! Ye, betul. Kungfu Panda, Dreamworks movie tu. Nama restoran ni Dragon Warrior Kitchen, kan dalam movie tu watak-watak utamanya digelar dragon warrior, haa dari situ lah tercetusnya nama restoran ni.


Restoran ini terletak di Sunway Pyramid, bersebelahan dengan Clio Hotel. Kalau masuk ikut shopping mall korang ke bahagian west keluar ikut Padini terus turun escalator ke tingkat LG1. Turun je bawah tu memang korang akan impress dengan reka bentuk keseluruhan tingkat itu yang bertemakan kungfu panda. Masuk je terus ada bersepah figura Kungfu Panda yang menyapa. Dengarnya memang akan jadi ala-ala dreamworks theme park kat situ.

Di hadapan restoran itu ada tersergam gerbang dengan pelayan-pelayan yang sedia memberi kata-kata selamat datang dengan muka bahagia, siap ada carpet merah lagi haa.


Masuk je dalam, memang luas, boleh pilih nak duduk kat mana. Terus ada pelayan yang sedia membantu. Macam kami, staf yang melayani kami sepanjang kami makan ni namanya Farah, Farah perkenalkan diri dan terus serve kami dengan air mint yang sangat refreshing!


Baru je duduk terus dia offer untuk pertunjukan gimik yang pertama. Kami dihidangkan dengan Kung Fu Noodle, menurut Farah, KungFu Noodle ni inspired by mee special yang dimasak oleh Mr Ping, alaa bapa angkat Po yang bangau tu haha.



  
 

Walaupun restoran ini berkonsepkan buffet tetapi menariknya, kita boleh menerima layanan seperti VIP di mana kita boleh request untuk serving juga. Kami diberikan menu untuk dipilih dan kertas untuk menanda menu yang dipesan berserta berapa banyak kuantiti. Dengan bangganya kami tandakan semua menu dan cakap kat Farah “Kami nak order semua!” hahaha seronok betul rasa. First time dalam hidup, pergi restoran boleh order semua menu tanpa perlu risau berapa nak bayar, dah nama pun all you can eat buffet so tentulah boleh makan semua. Ni yang best bila makan buffet sebab kita cuma bayar sekali untuk masuk dan boleh makan apa sahaja.

Kami begitu teruja bila satu per satu makanan sampai, bayangkan daging lembu dan kambing yang diimport dari Australia boleh order sebanyak mana yang anda mahu. Seafood pun sama! pula ada macam-macam ketam, scallop, udang, mussels, ikan, kerang, sotong, ekor sotong kurita, dan macam-macam lagi. Lobster pun ada! tapi kena order lain. Memang heaven sungguh. Untuk kuah steamboat pula terdapat banyak pilihan, korang boleh je kalau nak tukar-tukar sepanjang makan tu.

Lagi yang menariknya, ada persembahan 3D! 



Bagi yang ingin menyambut hari lahir, pun ada juga gimik 3D khas untuk tetamu istimewa tu.

 

Bila perut dah mula kenyang, tiba masa untuk dessert pula. Keistimewaan dessert di restoran ini ialah Kek dan juga Icecream gulung! Ini adalah kali pertama kami mencuba icecream gulung, sejujurnya antara icecream paling sedap pernah kami rasa! Selain dari kek coklat, kek tiramisu dan red velvet pun sedap. Macaroon di sini terdapat pelbagai perisa seperti coklat, lemon, green tea dan lain-lain. Kami dah pernah cuba pelbagai jenis macaroon dari seluruh dunia, biasanya memang susah nak habiskan walau 1 sebab rasa yang terlalu manis tetapi macaroon ini tidak terlalu manis, favourite saya yang berperisa green tea.




Secara keseluruhannya pengalaman makan buffet di Dreamworks Dragon Warrior Kitchen memang terbaik! Sekiranya anda ingin meraikan yang tersayang, atau anda sendiri jenis banyak makan, mungkin anda akan jatuh cinta dengan tempat ini.

Untuk senarai harga boleh refer kat bawah ni:




Harga mungkin berubah pada masa korang baca blog ni, jadi untuk tengok promosi terkini boleh ke website dorang di kungfupandavillage.com , facebook Dragon Warrior Kitchen atau whatsapp je no 0172308328 tu. Try lah mention, kata korang tahu dari Azlan Andi, mana tau dapat diskaun lebih hehe.

Nah, tonton video kitorang makan kat sana di bawah ni:



No comments:

Currently Viewing

Followers

Instagram

Compilation video about us: