TPC Kuala Lumpur menampilkan tema Selera Muhibbah untuk sajian buffet Ramadhan yang bakal menjelang tidak lama lagi. Menariknya tahun ini TPC Kuala Lumpur bukan sekadar menyajikan hidangan buffet tetapi turut memberi peluang kepada setiap pengunjung untuk sama-sama dalam usaha untuk mengumpul dana sekurang-kurangnya RM10,000 untuk disedekahkan kepada Rumah Anak Yatim. Setiap RM1 daripada pembelian Voucher tempahan buffet tersebut akan disedekahkan kepada Rumah Anak Yatim.
Sebanyak 22 stall pelbagai juadah di sekitar kolam renang bersaiz olimpik tersedia dengan sajian authentic air tangan chef-chef yang diketuai Chef Abu Zaren bin Bakri, Chef Abdul Aziz bin Abdul Rahman dan Chef Azmin Bin Mohamed Burhan. Menu yang dihidangkan termasuklah Gulai Ikan Patin Tempoyak, Rendang Hati Lembu, Daging Masak Merah, Telur Itik Masak Lemak Cili Padi, Lidah Bakar, Kambing panggang, Seafood Kava, Asam Laksa Asam Pedas Lok-lok dan banyak lagi.
Terdapat juga dessert station yang menyajikan Apam Balik, Bubur Manis, Pisang Goreng, Kuih-muih melayu, Custard Telur, Kek Lobak, Pastri Perancis dan pelbagai lagi.
Harga untuk seorang:
Dewasa : RM95 (tempah pada 1 April-18 may 2018) , RM110 harga normal.
Kanak-kanak (6-12 tahun) : RM47.50 , 6 tahun ke bawah PERCUMA.
Untuk pertanyaan lanjut dan tempahan boleh hubungi 0320119111 / 269
![]() |
Signature Dish : Lidah Bakar |
![]() |
Udang Masak Merah |
![]() |
Berjumpa dengan sahabat kami Pyka Muhammad |
![]() |
1 comment:
menarik hidangan dan murah harga buffet tu...mungkin boleh letak dalam senarai tempat berbuka nanti.
salam kenal dari umifuzy.com
Post a Comment