Saturday, April 21, 2018

Arina Skyview Iftar in the Sky

Bersempena Ramadhan yang bakal menjelang, tahun ini Arina Skyview menampilkan tema ‘Iftar in the Sky’ untuk sajian buffet Ramadhan sesuai dengan temanya kita terasa seolah-olah sedang berbuka puasa di awangan.

Arina Skyview cukup terkenal dengan pemandangan panoramanya yang memukau. Mana tidaknya, dari tingkat tertinggi di sebuah menara di pusat bandaraya anda pasti dapat bayangkan suasana 360 darjah pemandangan Kuala Lumpur yang tersergam indah bangunan KLCC megah di sisi kanan ruang makan Arina Skyview. Dengan keluasan 3000 kaki persegi Arina Skyview boleh menempatkan sehingga 200 orang tetamu dengan keadaan selesa.



Ditambah pula dengan menu-menu yang disajikan hasil tangan Chef Sabirin Mohd Yusof dan team beliau yang terdiri daripada puluhan hidangan masakan melayu kontemporari seperti kambing golek, kari kepala ikan, Ayam masak Kurma, Sambal sotong, Rendang daging, udang masak sambal,sup tulang rawan dan pelbagai lagi melengkapkan pengalaman berbuka puasa yang luar biasa untuk tetamu yang datang.

Kambing dan Ayam Golek

Barisan sajian Melayu kontemporari
Ayam masak kurma dan rendang daging



Kambing Bakar

Untuk hidangan pencuci mulut pula, disediakan pengat durian beserta pulut kukus, kuih muih tradisi seperti kuih cara, apam, karipap, onde-onde dan aneka pilihan buah-buahan tempatan membuatkan kita mengimbau suasana di kampung halaman.

Kuih tradisi Melayu


Pengat durian dan pulut kukus

Aneka buah-buahan tempatan


Bukan itu sahaja, pihak Arina Skyview juga menyediakan ruangan untuk solat berjemaah maghrib, isyak dan terawih dengan Imam tetap yang disediakan khas bersempena Ramadhan kali ini.

Kepada yang berminat untuk mengalami suasana berbuka puasa ‘di awangan’ bersama Arina Skyview boleh membuat tempahan dengan kadar RM68 seorang atau pun RM58 untuk early bird promotion.

Sebarang pertanyaan lanjut dan tempahan boleh hubungi terus +60322027468 / +60127087135


No comments:

Currently Viewing

Followers

Instagram

Compilation video about us:

Facebook



Total Pageviews