Sunday, April 15, 2018

Bagan Datuk jadi Destinasi Pelancongan


Trip kali ni kita melawat daerah yang digelar syurga Kelapa. Mana lagi kalau bukan Bagan Datuk. Bagan Datuk kini sedang giat menjalankan aktiviti pelancongan memandangkan Timbalan Perdana Menteri kita iaitu YAB Dato’ Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi merupakan anak jati Bagan Datuk sendiri turun padang sama-sama berusaha untuk mengangkat Bagan Datuk sebagai destinasi pelancongan utama Malaysia.



Melalui Program Road to Agro Tourism siri ke 5, yang dibawakan khas oleh Majlis Pelancongan Malaysia (MTC) dengan kerjasama Persatuan Pertubuhan Peladang, MARDI, FAMA, Pertubuhan Peladang Kawasan Hutan Melintang, Kraftangan Perak dan Persatuan Homestay Bagan Datuk, pihak media dan bloggers dibawa untuk merasai pengalaman melawat tempat bersejarah Beting Beras Basah, Bagan Datuk Waterfront, Kilang memproses Sabut di Sentosa Fibre Sdn Bhd, Kilang Santan, Ladang Kelapa MARDI dan jeti Blue Tears & Sky Mirror.

Slot khas yang menjadi tarikan lebih kurang 350 orang warga Bagan Datuk, Pelajar kursus Pelancongan UITM Puncak Alam, media dan Bloggers iaitu Sembang Santai bersama YAB Dato’ Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi, Timb. Perdana Menteri Malaysia, En Uzaidi Udanis, Pengerusi Majlis Pelancongan Malaysia dan Dato Wazir, Ketua Pengarah Kementerian Pelancongan Malaysia.


En Uzaidi memberi ucapan aluan sebagai pembuka bicara, menurutnya pelbagai janji dari pihak MITA telah pun berjaya ditunaikan antaranya  usaha menarik lebih 1juta pelancong dari China telah pun ditunaikan.

YAB Dato’ Seri Diraja Dr Ahmad Zahid Hamidi kemudian menyarankan pertubuhan Persatuan Pelancongan Bagan Datuk dengan tawaran dana sehingga RM500ribu yang merupakan berita gembira buat warga Bagan Datuk



No comments:

Currently Viewing

Followers

Instagram

Compilation video about us: