Saturday, April 21, 2018

Road To Agro Tourism siri 5 : Bagan Datuk


Rombongan Road To Agro Tourism siri 5 ke Bagan Datuk dimulakan dengan lawatan kami ke Kilang Fiber, tempat memproses sabut kelapa. Di mana serat kelapa diasingkan sehingga membentuk fibre untuk kegunaan industri, seperti alas kerusi kereta, dan tali.






Selain dari Kilang Fiber kami juga sempat melawat kilang santan. Rupanya jenama Santan yang selalu kita guna untuk memasak itu kilangnya terletak di Bagan Datuk, jenama Santan merupakan jenama perintis santan berbentuk serbuk di dunia. Kerana itu serbuk santan jenama Santan sangat terkenal di persada antarabangsa.





Selepas selesai di sana, kami juga sempat melawat Mardi Bagan Datuk, untuk melihat sendiri proses pendebungaan pokok kelapa. Proses pendebungaan ni boleh dipanggil sebagai mengahwinkan spesis pokok asal dengan baka berkualiti tinggi. Setiap proses dari pendebungaan sehinggalah buah cukup matang untuk di petik mengambil masa kira-kira 2 tahun.


Kalau ke Bagan Datuk tak sah kalau tak singgah di Beting Beras Basah, tempat bersejarah yang menjadi perhentian ziarah wajib oleh setiap sultan yang ditabalkan sebagai Sultan Perak. Kawasan pantai paya bakau ini masih dipulihara dan telah dinaiktaraf kawasannya jadi sangat sesuai untuk dijadikan salah satu destinasi tumpuan pelancong.



 

Selain itu, terdapat pelbagai lagi hentian yang sempat kami singgah seperti mardi Bagan Datuk, Jeti Pulau Sembilan, dan Rumah Warisan. Namun masa mencemburui untuk trip kali ini. Semoga ada rezeki untuk datang semula ke Bagan Datuk yang pastinya menjanjikan lebih banyak memori menarik di sini.

Terima Kasih kepada Malaysia Tourism Council atas anjuran program 

Road To Agro Tourism siri ke 5!












No comments:

Currently Viewing

Followers

Instagram

Compilation video about us: