Sunday, May 27, 2018

Berbuka di BBQ LAMB KL Kemensah




Bagi pencinta BBQ pastinya akan gemar dengan port makan yang kami baru jumpa ni, 
BBQ Lamb KL, Kemensah. Pernah viral kerana konsepnya yang memberi anda peluang merasai makan dalam sungai. Ye, betul! Bukan tepi sungai tapi dalam sungai haha.



Meja makan direndam dalam sungai dan kita duduk makan lunch bbq yang enak sambil arus air sungai mengalir membasahi kaki. Kawasan sekitar pula memang sesuai bagi mereka yang inginkan kelainan dan lari sebentar dari suasana bandar. Kami sangat terkejut bila sampai ke sana kerana suasana menghijau dengan bunyi desiran sungai memberikan kami impresi pertama yang mengagumkan. Tak sangka di KL kita ada port makan saujana mata memandang macam ni.



Tapi memandangkan sekarang bulan Ramadan, kita tak boleh lah makan lunch kan bagi yang muslim. Tapi kita ada menu special sempena Ramadan.

Set berbuka puasa BBQ Lamb KL Kemensah ada 3 set special.

🍖MEAT SET: RM188
kombinasi lamb dan beef (yang ni signature dish)


. 🐦 BIRD SET: RM168
ada puyuh, smoked chicken breast, itik(ni favourite! lembut gilaaa) & grilled chicken wings


. 🦀 SEAFOOD SET: RM188
Yang ni campur soft shell crabs, salmon, sotong, and cheesy lobster


Korang boleh pilih nak set yang mana, semuanya ada speciality masing-masing. 1 set untuk 4 orang makan dengan free- flow nasi tau tapi sebenarnya kalau nak bawa lebih orang cukup sahaja untuk share! Cuma nasi kena bayar secara berasingan untuk mereka yang datang lebih dari 4 orang.

Sejujurnya BBQ Lamb di sini antara yang terbaik pernah kami rasa, wajarlah setiap bulan ribuan pengunjung yang datang ke sini. Paling mengejutkan yang datang ke sini bukan sahaja orang Malaysia dari berbilang bangsa (menurut tauke En Zainuddin, pengunjung chinese antara yang paling ramai datang) tetapi juga pengunjung dari luar negara.

Semasa kami datang memang tempahan dah hampir fully booked so kalau anda berminat nak rasa makan di sini saya suggest booking sekarang bos, jangan tangguh-tangguh!

Alamat (boleh waze) :
BBQ LAMB KL KEMENSAH
Ulu Kelang, 68000 Ampang Jaya, Selangor.

Telefon: 
012 211 4100

Lokasi (Google Maps): 

Facebook: 

Waktu Operasi: 
Selasa - Ahad (6.00 petang - 11.00 malam)


[Setiap Hari Isnin Tutup]

2 comments:

Illya LeYa said...

Betul... Makanan di BBQ Lamb Kemensah memang sangat sedap.
LeYa dah 4x makan di sini. Ternyata memang benar2 puas hati

Faizol Hafizi said...

Memang terbaik makan di BBQ Lamb Kemensah ni..
Otomen first time mencuba makan itik di sini lah.. Sebab xde bau langsung, juicy giler dalam mulut..
Memang puas hati!!

Currently Viewing

Followers

Instagram

Compilation video about us: