Sunday, May 20, 2018

KungFu Steam Seafood di Puchong



Nak mencari restoran yang menyajikan hidangan seafood yang segar terutama sekali untuk di makan bersama keluarga selalunya terletak jauh dari area Lembah Klang. Kena pergi luar negeri haha. Sampailah bila kami jumpa dengan KungFu Steam Seafood kat Puchong ni. Baru tahu rupanya ada restoran specialize seafood yang dekat!

Memang besar restoran ni, dari jauh boleh nampak sign board dia

Sampai je restoran terus kami teruja tengok ada pondok aquarium depan pintu masuk. Bila kami tanya staf, dorang cakap boleh pilih seafood apa kita nak dari aquarium tu. Wow! Fresh ni. Pastinya kami dah tanya siap-siap tentang cara penyajian sememangnya halal untuk kita makan.

Sebaik sahaja kami masuk duduk di round table, nah ini lah menu yang dihidangkan untuk kami


nampak sedapkan?

Deep fried Oatmeal Prawn with Salad
Live Clam with Ginger Spring Onion



Ni senarai harga menu yang kami makan :

1.Minced Chicken with Egg Tofu RM14.80
2.Sweet & Sout Chicken RM29.80
3.Kong Pao Chicken RM29.80
4.Deep-fried Fish Fillet with Thai Chili Sauce RM28.80
5. Deep-fried Oatmeal Prawn with Salad RM47.80
6. Superior Soup Clam with Mee Hoon RM40.80
7. Live Tiger Prawn in Kam Heong Sauce (300gm) RM 47.80
8. Premium Mud Crab in Butter Milk Sauce - Min. 2pcs RM season price + RM10 each sauce
9. Live Clam with Ginger Spring Onion (500gm) RM34.80


 Tapi yang paling best sekali ialah sebab dia ada nursery room, untuk anak-anak bermain. So boleh lah kita makan dengan aman hahaha
Nursery room. Siap ada TV lagi tau. Credit photo: ilyaleya.com

Siapa berminat nak datang boleh kunjungi:

Alamat | Kungfu Steam Seafood, Puchong
13A, Jalan Puteri 7/13A, Bandar Puteri, 47100 Puchong, Selangor

No Telefon | 016 - 213 2828

No comments:

Currently Viewing

Followers

Instagram

Compilation video about us:

Facebook



Total Pageviews