Sunday, May 20, 2018

Masa Depan Blockchain Malaysia



Bayangkan teknologi dunia yang transparent dengan ekosistem yang lebih interaktif. Urusan perniagaan dan sehari-hari lebih telus tanpa ada selindung. Pastinya lebih banyak masalah rasuah dan penyelewengan dapat diatasi. Itu yang cuba diperjuangkan dengan implementasi teknologi digital lejar oleh ‘Ledgit’. Ledgit adalah sebuah syarikat milik Malaysia tapi mula berkembang dan dikenali di peringkat antarabangsa. Baru-baru ini, Ledgit menganjurkan forum The Future of Blockchain industry’. Forum yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur ini bertujuan untuk mendidik masyarakat tentang manfaat teknologi ‘blockchain’ dan ‘cryptocurrency.’



Pada yang tak tahu blockchain ni apa, senang cerita ianya ialah satu teknologi yang kita anggap sebagai pangkalan data yang sangat sistematik. Selalunya orang akan kaitkan Teknologi ‘blockchain’ dengan pelaburan dan pemahaman dari sudut kewangan. Tapi sebenarnya teknologi blockchain ini boleh digunapakai untuk industri apa pun. Itu yang cuba diketengahkan oleh Ledgit untuk rakyat Malaysia.

"Forum ini memberi tumpuan untuk mendidik orang ramai tentang halangan dan jangkaan pada masa akan datang dan seterusnya memanfaatkan teknologi ini untuk pelbagai tujuan. Bukan itu sahaja, kami amat berbangga kerana dapat menganjurkan forum ini sebagai platform perbincangan dan mengubah tanggapan terhadap industri secara keseluruhan" -
kata Ketua Pegawai Eksekutif Ledgit, Encik Ivan Ku.


Dihadiri lebih 1000 orang, forum ini menampilkan Panel penceramah yang pakar dalam industri blockchain antaranya Encik Fengsen, Pengasas Blockhong dan Timbalan Ketua Setiausaha Institut Blockchain Dunia (China), Encik Mark Pui, Pakar Pelaburan Blockchain (Malaysia), Encik Lurion Yee, Pengasas SEDA (Malaysia), En. Yao Han Lim, Ketua Pegawai Eksekutif Blockchain Games Company (Malaysia), Cik Jia Nina, Pengarah Pemasaran Blockchain Games Company (Malaysia) dan Cik Saba Harati, Penyelidik Blockchain Games Company (Iran).
"Kami telah menjemput penceramah yang mempunyai kepakaran dalam industri dari Timur Tengah dan China untuk berkongsi pengetahuan dan pengalaman mereka dengan semua peserta. Oleh itu, kami berharap peserta akan berpeluang untuk memahami industri dari sudut perspektif yang berbeza. Barisan panel adalah dari pelbagai latar belakang dan mempunyai asas yang kukuh dalam industri ini. Dengan menggunakan trend digital terkini, pemilik perniagaan dan pengguna akan dapat memanfaatkan platform yang mempunyai potensi pertumbuhan yang besar dalam industry berlainan,"  - kata Ketua Pegawai Eksekutif Ledgit, Encik Ivan Ku. 
Yang ini ialah Miss Saba dari Iran. Kepakaran dia ialah dalam bidang psikologi dari
Blockchain Games Company.
Namanya sama seperti isteri saya hahaha
Saya sempat berbual panjang bersama Mr Lurion Yee, Founder SEDA
oragnya muda lagi tapi sangat idealistik







































Satu lagi topik menarik yang dikupas adalah bagaimana implementasi blockchain dalam dunia game. Melalui forum ini akhirnya pendedahan diberikan kepada ibu bapa tentang kebaikan game dalam perkembangan industri di masa hadapan. Dan yang paling menarik sekali, anak-anak boleh menjana pendapatan melalui game dengan teknologi blockchain. Menarik kan?





No comments:

Currently Viewing

Followers

Instagram

Compilation video about us: