Sunday, October 14, 2018

3 Rahsia kebaikan Fernleaf UHT


ASSALAMUALAIKUM HI!


Baru – baru ini kami mendapat satu kit hadiah yang istimewa dari Fernleaf Malaysia. Siapa yang tak kenal jenama Fernleaf kan? Dari zaman nenek kita, ibu kita, sekarang anak-anak kita pun masih lagi mengamalkan minum susu Fernleaf, tapi tak ramai tahu tentang rahsia di sebalik penghasilan susu ini sebenarnya. Jadi, di entry kali ini kita akan bongkarkan 3 rahsia Fernleaf mengekalkan kualiti susu Fernleaf UHT sejak 140 tahun dahulu.


Sebelum kami bongkarkan rahsia itu, jom kita unboxing bersama – sama isi kit yang kami terima ini. Seperti biasa kami sekeluarga akan excited setiap kali menerima parcel dari abang posmen, cuma kali ini lebih istimewa kerana packaging yang menarik, bukan setakat Adam dan Adwin excited, kami suami isteri pun sama. Kit yang kami terima adalah sebuah insulated bag dengan corak tompok lembu berwarna hitam putih. Bila zip dibuka, bergema panjanglah "waaah" dari mulut Adam dan Adwin. Benda pertama yang menarik perhatian mereka dari isi bag itu ialah mini figura Lembu yang comel. Kami namakannya Miss Moo. Miss Moo tak datang sendiri, tapi sekali dengan replika ladangnya yang siap ada rumput segar dan bendera New Zealand! Bukan itu sahaja, terdapat juga straw mudah bentuk dengan bingkai mata 100 yang flexible dan panjangggg. Paling kami teruja ialah disertakan juga susu Fernleaf UHT 1L sekotak dan 4 kotak susu coklat Fernleaf UHT 200 ML. Sememangnya kegemaran kami sekeluarga. Kadang kala beli yang kotak, dan untuk Adam Adwin, kami memang belikan mereka susu serbuk kanak – kanak 1- 3 tahun. Sebab mereka serasi dan sangat suka! (yang ini tidak ada dalam beg kit tadi cuma beritahu sebab kami memang penggemar dan pengguna susu Fernleaf hihi on daily basis tau!)


Okay, kembali kepada kit yang kami terima tadi. Dalam itu juga ada pamplet tentang Fernleaf, yang mengandungi informasi rahsia yang kami ingin kongsikan ni. Secara dasarnya, kalau kita sebut susu, mestilah kita fikir semua susu ini semua nya sama bagus. Betul tak? Tapi rupanya tidak ya. 

3 Rahsia kebaikan susu Fernleaf UHT dari New Zealand




1) Rumput

Pertama sekali, dari asal susu itu sendiri sebenarnya adalah 100% susu dari New Zealand. Wah, teruja pula bila fikir, selama ini kami minum susu import lah? Lepas ini tengok Fernleaf, ingat New Zealand. New Zealand sememangnya terkenal dengan suasana semulajadi dan alam sekitar yang dikatakan antara yang terbaik di dunia. Kawasan meragut rumput di sana terpelihara dengan iklim yang sesuai dimana kadar hujan yang baik dan menerima cahaya matahari yang banyak. Ini membuatkan keadaan rumput di sana lebih segar dan berkhasiat! Lembu-lembu Fernleaf menghabiskan 90% masa mereka meragut rumput dan dibiarkan bebas di ladang tanpa terkurung di dalam kandang membuatkan lembu-lembu Fernleaf lebih sihat, gembira dan bebas stress. 




2) Semulajadi

Sambil mereka bergembira habiskan 90% masa meragut rumput segar dan lebih terdedah dengan alam pada hari yang cerah, secara tak langsung mereka mendapat Vitamin D yang lebih tinggi dari lembu tenusu yang hidupnya terkurung di dalam kandang. Ditambah pula dengan kualiti rumput yang segar memberikan mereka vitamin A yang cukup. Gaya hidup mereka yang sihat dengan peluang bergerak bebas menjadikan fizikal mereka menghasilkan protein yang cukup. Ini menjadikan susu yang terhasil kaya dengan nutrien penting secara semulajadi tanpa perlu menggunakan milkbooster. Ingatkan ibu menyusu sahaja perlukan milkbooster, rupanya kalau lembu tidak dapat menghasilkan susu dengan baik pun ada milkbooster hihi.



3) Pakar Tenusu 

Jika anda fikir penghasilan susu yang berkualiti tinggi hanya memerlukan lembu tenusu dapat rumput segar dan dapat menghasilkan susu secara semulajadi, sebenarnya kita silap ya. Fernleaf diiktiraf sebagai pakar tenusu dengan lebih 140 tahun pengalaman. Wah, bukan sekejap ya! Malah, untuk pastikan susu Fernleaf yang sampai di tangan pengguna itu benar – benar berkualiti tinggi, mereka harus memastikan bahawa air, udara, rumput serta persekitaran lembu tenusu itu berada dalam kualiti tertinggi pada setiap peringkat sehinggalah produk sampai ke pengguna. Patutlah Adam dan Adwin suka sangat sebab selain rasa sedap, memang penuh dengan khasiat! 100% Mmmmm<3 o:p="">


Jadi, dekat mana anda boleh dapatkan Fernleaf yang diperbuat dengan 100% susu dari New Zealand ini? Insyallah ada sahaja di mana – mana kedai runcit, market berdekatan anda. Ada pilihan full cream, low fat dan chocolate. Dah tahu khasiat dan kualiti yang dijaga oleh Fernleaf buat kami makin yakin dengan pilihan susu harian kami. Alhamdulillah! Jadi, mari lah kita ber ‘Fernleaf’! 100% Mmmmm! Jom tonton video kami ber 'Fernleaf' seisi keluarga!



Untuk maklumat lanjut, update terkini dan sebarang pertanyaan sila hubungi:

No comments:

Currently Viewing

Followers

Instagram

Compilation video about us:

Facebook



Total Pageviews