Friday, October 12, 2018

Bercuti di Atlantis, Melaka



THE ATLANTIS RESIDENCE

Kami ada terima jemputan bagi talk di Politeknik Merlimau. Sebelum kami ke Politeknik Merlimau, kami mencuba penginapan lain pula iaitu The Atlantis Residence di Kota Laksamana, lokasinya betul-betul di tepi selat Melaka. Wah, kali ini penginapan kami agak berbeza dari sebelum ini kerana kali ini penginapan kami mempunyai fasiliti yang lebih banyak dari kebiasaan apartmen yang pernah kami kunjungi. Bila tengok fasiliti yang disediakan, rasa macam boleh bercuti dan habiskan masa di dalam kawasan residen sahaja. Memang sesuai untuk ibu bapa yang nak bawa keluarga bercuti tapi dalam masa sama kalau boleh nak ada pilihan tak perlu keluar susah – susah hihi.  


Masuk ke dalam unit apartmen kami, terus kami tergamam sebab ruang dalam memang nampak luxury. Benda pertama yang buat kami mulut ternganga adalah apabila kami ke balkoni, dan kami lihat betapa majesticnya kolam renang The Atlantis Residence. Dah macam mini theme park dah! Memang besar sangat dan ada banyak permainan air untuk kanak – kanak. Adam dan Adwin terus excited sangat nak turun ke bawah. Tapi sebelum itu, kami tour dulu satu rumah tengok unit macam mana.


Kali ini, kami pilih unit satu bilik apartment. Ruang tamu sangat luas! Ada sofa empuk dan televisyen di ruang tamu. Cermin yang besar juga membuatkan ruang tamu rasa lebih lapang. 



Kemudian, kami masuk ke dalam bilik tidur. Wah, besar betul ada 1 katil king dan 1 katil single bersebelahan. Memang luas sangat dan boleh tidur dengan selesa 3 – 4 orang dewasa. Tilam dan bantal empuk sangat. Ada bantal dan juga tilam extra kalau tak muat bilik tidur dan nak tidur di luar. Tepi bilik tidur, ada bilik mandi. 


Kemudian, ada dapur dengan kabinet yang besar. Memang cukup semua perkakas seperti dapur masak, kettle, peti sejuk, pinggan mangkuk serta periuk kecil untuk memasak.


Habis tour unit rumah, kami bergegas turun ke bawah. Memang dah tak sabar sangat Adam dan Adwin nak main air. Bila kami sampai di tingkat bawah, terus mereka berlari ke tempat mandi memang teruja betul, dengan ekspresi "Wahhh" nya yang panjang betul . Kolam terbahagi kepada dua, iaitu untuk kanak – kanak dan dewasa. Memang luas sangat kawasan kolam di The Atlantis Residence dalam pool ada banyak permainan, slide dia terus ke air, memang best explore! Kami fikir, malam itu memang Adam Adwin akan tidur awal sebab penat. 






Selepas dah mandi di kolam, Papa pula minta nak pergi mandi jakuzi dan ke sauna. Di sebab kan depan sauna dan jakuzi, ada lagi tempat permainan kanak – kanak jadi sambil tunggu Papa, Mommy teman Adam dan Adwin main gelongsor dan buaian dekat luar. Untuk sauna dan jakuzi, lelaki dan perempuan asing dan tiada yang persendirian atau private section untuk keluarga. Nak masuk ke dalam bilik sauna dan jakuzi perlu tulis nama dan unit dahulu untuk mengelakkan terlebih kapasiti. Jadi, boleh la enjoy dengan tenang menikmati jakuzi dan sauna hihi.



Lupa nak beritahu, kawasan residens ini macam kotak, ada unit A - B - C - D tersusun empat segi dan berhadapan. Playground ada dua, satu depan tempat sauna lelaki di blok B, dan satu lagi untuk di blok A depan tempat wanita. Siap ada tempat duduk untuk melihat pemandangan dan berehat - rehat. Memang sesuai kalau nak buat kerja sambil hirup udara di luar unit rumah.


Fasiliti lain yang disediakan juga adalah gimnasium. Kemas sangat gim dia, dan peralatan juga ada banyak. Untuk mereka yang nak jaga kesihatan dan  tidak mahu terlepas rutin, fasiliti gimnasium memang agak penting untuk ada walaupun ketika bercuti.


Bukan itu sahaja, ada lagi facility yang membuatkan The Atlantis sangat outstanding. Iaitu Glass Bridge. Dimana kita boleh berdiri di atas platform kaca dari aras 24 yang memboleh kan kita terus lihat ke bawah. Menggerunkan tapi Adam Adwin excited pula lompat - lompat atas gelas tu! Kita yang seram tengok.


Keseluruhannya, penginapan kami di The Atlantis Residence sangat memuaskan tanpa perlu pergi jauh atau keluar pun dari residensi sebab lengkap fasiliti untuk kami. Ada masa kami pergi mandi ke kolam renang yang bak mini theme park tu, ataupun pergi ke playground serta melawat jambatan kaca. Kalau untuk suami pula, dia ke sauna, jakuzi dan juga gimnasium untuk isi masa terluang. Untuk mommy, rest! Jadi, semua pun puas hati hihi. Tapi, kalau nak keluar explore Melaka pun tiada masalah sebab memang dekat je dengan Banda Hilir, Pantai Klebang semua, sekitar 10 -1 5 minit sahaja. Jadi, siapa yang berminat untuk buat tempahan, boleh hubungi terus ke nombor ini 

0122059975
InnStay Apartment

 Selamat bercuti!


Kalau anda nak tengok video penuh semasa kami di sana boleh tonton video ini:


No comments:

Currently Viewing

Followers

Instagram

Compilation video about us: