Thursday, October 11, 2018

Pengalaman Bersalin di Andorra (dengan details costing breakdown)





Haritu ada terbaca artikel viral pasal dilema suami hantar isteri bersalin hospital government sebab Dr Lelaki. Sememangnya bila memilih hospital kerajaan untuk bersalin kita tak boleh nak demand yang menguruskan isteri kita dari A-Z adalah perempuan. Even FPP pun adakalanya terlepas juga dapat MO lelaki yang check rahim isteri walaupun pakar yang kita bayar adalah perempuan. Melainkan ada special case macam kembar etc. kalau ada yang dapat dari mula checkup sampai habis perempuan memang bernasib baik.


Jadi post ni untuk reference suami yang first time nak bawa isteri bersalin kat hospital swasta (klang valley) yang syariah compliance, jadi anda tahu what to expect dan costing macam mana. Saya tak tahu hospital lain, tapi hospital yang kami pilih ni ialah hospital Andorra kat seri kembangan. Saya ceritakan dari segi kronologi costing dari mula sampai baby lahir. Setiap orang mungkin tak sama tapi ini apa yang berlaku kat kami yang saya rasa kos paling minimal untuk hospital ni sebab bersalin normal tanpa komplikasi.
.
Syarat untuk bersalin di hospital ni kena minimum 2 kali buat checkup. Sekali check up dalam RM200-400. Sebelum checkup boleh tanya promosi apa yang berlangsung, refer pada kaunter atau team marketing, paling mudah follow social media hospital tu. Kadang-kadang ada promosilah, ada contest lah, ada campaign lah, kalau ada, dah boleh jimat. Tanya je, tak salah tanya. 
.
Jadi kami tanya pakej apa yang ada dan terus bayar deposit RM500 untuk lock harga promosi yang ada masa tu, kami nasib baik sempat sebab masa lock harga tu dah nak tamat tempoh promosi, so dapat jimat dalam RM700. Cukup 2 kali checkup okay dah, yang lain nak checkup kat Klinik Kesihatan biasa tak ada masalah.
.
Bila isteri keluar tanda nak bersalin, sama ada darah atau leaking korang kena cepat-cepat ke hospital. Kalau darah yang keluar, kena tau darah yang macam mana. Kalau sikit, macam masa mula-mula perempuan nak datang haid then boleh relax dulu. Kadang-kadang makan hari juga tu baru tiba masa dia untuk bersalin . Tapi kalau banyak then segera lah ke hospital sebab laluan dah buka lah tu.
.
Kalau leaking pula means ada cecair yang keluar disebabkan air ketuban. Air ketuban boleh pecah sama ada dari bawah atau atas. Kalau dari atas air akan keluar dripping. Kena catat pukul berapa berlaku dripping sebab tu menentukan sama ada anak kena tahan untuk antibiotik. Kalau anak lahir lebih 12 jam dari masa dripping kemungkinan tinggi untuk kena antibiotik sebab suspek ada jangkitan since ada kebocoran pada selaput ketuban (kita tak nak anak kena antibiotik sebab baby akan kena warded at least 3 hari) Tapi kalau air ketuban pecah dari bawah (lagi pula kalau melimpah) then korang ada kurang dari sejam je baby nak lahir so sila memecut ke hospital. 
.
Nak pecut ke mana? pergi bahagian emergency. di sini doctor akan check bukaan jalan untuk baby keluar dah berapa cm. Kalau lebih 4 cm korang boleh lega sebab tak perlu induce. Induce ni apa? buat masa ni korang just perlu faham kalau induce ni maksudnya wife akan sakit dan kita kena bayar lebih, berapa lebih? Kalau kat Andorra untuk induce akan tambah extra charge RM1200 sebab tu lebih baik tak payah induce. Jadi bila korang dah sampai emergency berdoalah bukaan dah at least 4 cm. 
.
Macam saba, masa tu baru 2cm. So doctor di emergency akan suggest induce so suami kena buat keputusan nak induce masa tu atau tunggu dalam tempoh 24 jam. Saya kata tunggu.
.
Bila tunggu means kena masuk ward. Kos kita kena bayar begantung berapa lama kita warded. Sebab tu orang tua-tua suggest kalau belum nak beranak jangan masuk hospital lagi, lagi-lagi kalau swasta. Kesian kat isteri kena tunggu lama dah lah sikit-sikit kena check bukaan, sakit ok. Tapi paling sedih ialah di hari-hari terakhir sebelum pantang dia kena spend masa kat hospital sedangkan dia patut bersuka ria makan makanan yang dia tak boleh makan semasa pantang. Bayangkan kalau pantang at least 44hari kena tahan nafsu makan tak boleh makan banyak benda, seksa weh. Jadi bawalah isteri anda makan puas-puas. 
.
Saya selalu bagi advice kat wife supaya makan sekadar rasa jangan sampai kenyang barai sebab tak nak anak dalam perut besar sangat. Kalau baby besar, nanti susah nak keluar, kemungkinan isteri kena czer (czer ialah operate, kos czer di hosp swasta average RM7k ke RM15k) paling tak pun mungkin rahim akan koyak bila melahirkan. Bila koyak kena jahit dan sakit kat isteri, ambil masa nak sembuh then akan lagi banyak pantang larang. So janganlah suka-suka request baby orang lahir besar gebu, nak gebu tunggu kat luar bila dah lahir.

Bila dah bagitahu keputusan kita kat doctor yang kita nak tunggu, suami akan dibawa ke kaunter untuk bayar kos kita datang emergency tadi dalam RM176. Kemudian kita diminta bayar deposit RM1000 baru boleh masuk ward, since sebelum ni saya dah pernah bayar deposit RM500 so kena tambah je lah lagi RM500 untuk cukupkan RM1000.
Lepas dah bayar, kita akan dapat no bilik bergantung pada pakej apa yang kita ambil kalau ada duit lebih, bolehlah ambil single bed, bilik privacy harga sekarang dalam RM3999, kalau 2 bedded RM3299 maksudnya 1 bilik kongsi dengan sorang lagi patient lain. Kalau yang macam kami ambil ni 4 bedded RM2799. Kami ambil paling basic sebab pada saya beza setiap pakej cuma jenis bilik, yang lain contohnya facilities, labour room semua sama. Lagi pun 1 malam je boleh jimat RM500 

Bak kata wife , dia lebih suka gunakan duit lebihan tu untuk upgrade service semasa pantang. Sebab masa pantang ni lah yang menentukan cepat ke tak sihat dan of course untuk penjagaan badan. 
.

Okay lepas tu kita akan dipanggil naik ke bilik melalui laluan khas. Bila dah masuk bilik, kita akan dilayan dengan mesra oleh sister. Ditunjukkan dengan facilities yang ada cthnya tandas kat mana, penggunaan katil, sofa bed utk suami, shower kit, etc.
Lepas tu akan ada yang datang suruh pilih menu untuk makan. Pakej yang kita ambil dah termasuk makan, sehari 3 kali. Sarapan, makan tengahari dan makan malam. Makan memang mewah, steak, ribeye, macam-macam! platting dia dah macam hotel. Berbaloi lah dengan pakej yang dibayar sebab kos untuk makan saja RM200 sehari so jangan lah bazirkan. Tapi jangan expect masuk je terus dapat makan, contoh macam kami masuk dalam pukul 11 pagi, lunch kena beli sendiri kat luar.
Kemudian doctor akan datang check bukaan lagi. Masa tu baru 3cm. Sekali lagi doctor tanya nak tunggu atau induce? Kami nak tunggu. Doctor advice untuk wife jalan-jalan untuk permudahkan bukaan. Wife bukan takat berjalan siap squat ketuk ketampi semua 😂
.
selepas beberapa jam check lagi alhamdulillah dah 5 cm, so tak perlu induce dan boleh terus masuk labour room. Labour room dia selesa memang bergema seluruh kawasan alunan ayat-ayat quran, notis amalan bacaan, doa-doa, untuk permudahkan bersalin, siap ada air zam-zam, kurma dan dried fruits untuk wife. bilik labour room luas selesa, sunyi dan tenang. Masa kami kat sana tak ada pula dengar orang meraung ke apa. Berbeza dengan masa kat labour room first pregnancy dulu, even saya kat luar kawasan labour boleh dengar ibu-ibu menjerit bertarung nak bersalin.


Dalam 40 minit wife mengalami contraction, tak ada ambil injection tahan sakit, cuma ubat baby selamat lahir dengan normal dan saya berada di sisi dari mula sampai selesai. 
Alhamdulillah lepas check condition (ayah-ayah disarankan check keadaan fizikal anak, bilangan jari, anggota badan etc) dan timbang berat baby. Esoknya baby dikhatankan (RM70) dan buat ujian pendengaran (RM80) untuk 2 perkara ni adalah optional. Boleh je buat tempat lain.

Semua costing di atas adalah harga semasa (16/10/2018)

---------------------------------------------------

Di bawah pula adalah total kos sebenar ikut resit untuk kes saya yang dapat Harga Promosi 
RM2699 (termasuk baby charge)

First Checkup : 10/7/2018 = RM220
Bayar deposit lock harga promosi : 14/7/2018 = RM500
Second Checkup : 07/08/2018 = RM225
Third Checkup : 20/08/2018 = RM225
Fourth Check up : 18/9/2018 = RM301.15
Emergency Fee: 24/9/2018 = RM176.30
2nd Deposit : 24/9/2018 = RM500

Discharge Fee: 25/9/2018 (RM2123.75) Breakdown fee seperti berikut:
Ward = RM1699 (lepas tolak deposit)
Kos lain-lain (medical supplies, nursing, pharmacy, lab) = RM239.75
*Lab (Full Blood Count) = RM35 (sebab leaking more than 12 hours)
*Circumcision (Sunat)  = RM70
*Hearing test = RM80

*optional

Total semua sekali untuk kami termasuk checkup from first time datang Andorra = RM4271.20
Tapi andai kata anda hanya checkup 2 kali, tak ambil Hearing test, tak Sunat, tak perlu test Lab untuk check darah kos anda lebih kurang = RM3626.20

dan untuk harga terkini anda kena lebihkan budget sikit untuk baby charge, kalau tak silap dalam RM700 extra dari harga RM3626.20 tapi kelebihannya dapat free hearing test + home nursing

Semoga perkongsian ini dapat memberi sedikit gambaran anggaran kos supaya korang boleh start rancang budget. All the best! Doakan puteri saya sihat walafiat dan membesar jadi hamba Allah yang bermanfaat untuk ummah seperti namanya Adwa Qowiyyah.

1 comment:

Anonymous said...

Congrats korang! Thank you for the information insyaAllah I pun tengah survey nak bersalin kat mana, this is really helpful. May Allah bless you guys

Currently Viewing

Followers

Instagram

Compilation video about us: