Saturday, October 6, 2018

Tidur di The Wave Residence, Melaka

THE WAVE RESIDENCE



Seminggu sebelum Saba bersalin, alhamdulillah kami sempat ke Melaka untuk short getaway dan juga atas urusan kerja. Kali ini kami menginap di The Wave Residence Kota Laksamana, sebuah apartment baru yang lokasi nya sangat strategik. Hanya 10 minit dari Bandar Hilir, Pantai Klebang, Kuih keria antarabangsa yang famous tu, coconut shake original Klebang, Asam Pedas Claypot (wah kenapa semua makanan ni?). Semua memang berdekatan sangat!

Jadi, kembali kepada The Wave Residence. Apa yang best tentang penginapan kami kali ini?

Kebiasaannya kalau kami ke Melaka, kami akan tinggal di hotel. Tapi kali ini buat pertama kali nya kami ubah angin dan mencuba untuk duduk di apartment. Dari jauh dah boleh nampak the Wave Residence kerana exterior design apartment tersebut bentuk ombak. Harga satu malam kami dapat RM180


Lepas ambil kunci, kami terus ke apartment kami. Teruja betul bila masuk rumah, memang seperti rumah idaman yang kami bayangkan. Lengkap dengan semua yang kami diperlukan. Yang paling menarik adalah dapur! Sebab ada gelas kaca. Pertama kali tengok interior design macam ini. Rasa ter inspired terus tengok decor dalam rumah. Suami siap cakap, teringin nak renovate rumah macam tu, sebab memang cantik sangat!


Senang betul kalau nak masak tanpa ada anak – anak kecil datang mengacau tapi dalam masa sama boleh lihat anak bermain dengan selamat di luar. Tapi, sebenarnya, kalau tiada anak kecil pun, rasanya design gelas kaca ini membantu sangat supaya rumah tiadalah penuh dengan bau masakan kalau masak, betul tak? Dan satu lagi yang kami suka sebab dekat sini ada peraturan yang tidak boleh masak makanan tidak halal. Jadi, kalau nak guna perkakas dapur dia seperti periuk kuali, lebih meyakinkan. Kami memang suka kalau tempat menginap ada pilihan untuk masak sendiri, lebih lagi kalau duduk lebih 1 malam. Boleh masak dan jimat!


Untuk unit apartment ini ada dua bilik. Satu bilik utama dan satu bilik tetamu. Memang selesa untuk 4 dewasa dan 3 kanak – kanak atau 6 dewasa. Memang sangat berbaloi. Yang best, siap ada tilam extra kalau ada tetamu tambahan. Boleh tidur dengan selesa, berkampung di ruang tamu atau dalam bilik. Suami sibuk puji tilam empuk macam dekat hotel sebab mereka guna tilam jenama ’Slumberland’. Suami cakap, kalau tidur rasa macam tak nak bangun. Bantal pun empuk, memang rasa macam duduk kat hotel 5 bintang. Malah, untuk rumah yang kami duduk ini pula untung mengadap Selat Melaka, jadi kalau buka langsir memang view terbaik!


Ruang tamu pun selesa, tidak ada banyak sangat perabot dan untuk rumah yang kami ini, dapat perabot semua yang child - friendly. Syukur sangat bila anak – anak nak main lari – lari pun rasa selamat. Televisyen pun attach dekat dinding, jadi tak risau sangat.


Kolam renang pula ada 2. Satu untuk dewasa dengan konsep ala-ala infinity pool. 
Satu lagi untuk kanak-kanak



Selain tu, ada juga facilities yang lain contohnya playground, gym, tempat bbq dan tennis court.






Overall, stay kami di The Wave Residence sangat memuaskan. Sangat sesuai untuk mereka yang nak datang bercuti beramai – ramai, dengan keluarga, yang ada anak kecil atau bersama kawan – kawan.

Jadi kalau anda nak bercuti ke Melaka, nak cuba tidur di sini boleh lah contact no. ni:
0122059975
0122059975
0122059975

3 comments:

Illya LeYa said...

Menarik dan nampak begitu selesa sekali. Wahhhh...memang best ni ajak mr. Otomen bermalam di sini sekali sekala.. Hehehe..

Unknown said...

Terima kasih atas review yang detail sangat ini! 😍
Inilah apartment homestay kami yang bernama:➡️ InnStay Apartment @ The Wave ⬅️
Jemput kawan-kawan sekalian datang bercuti di Melaka dan singgah di homestay kami ini.
Kalau ada soalan apa-apa, jangan segan nak tanya tau, guna Facebook sudah OK. 😊

Unknown said...

Terima kasih atas review yang detail sangat ini! ��
Inilah apartment homestay kami yang bernama:➡️ InnStay Apartment @ The Wave ⬅️
Jemput kawan-kawan sekalian datang bercuti di Melaka dan singgah di homestay kami ini.
Kalau ada soalan apa-apa, jangan segan nak tanya tau, guna Facebook sudah OK. ��

Currently Viewing

Followers

Instagram

Compilation video about us: