Monday, December 3, 2018

5 perkara tentang Runner yang perlu anda kisah!



Alhamdulillah Saba dah selesai pantang, syukur terasa bebas haha. Masa pantanglah saat yang paling kasihan untuk ibu-ibu kerana tak dapat nak aktif seperti biasa. Banyak pantang-larang yang perlu dijaga untuk memastikan kesihatan jangka masa panjang. Jadi tak boleh nak keluar rumah sangat, nak makan pun ada menu tertentu. Haiihhhhh...

So Saba memang perlukan khidmat runner untuk tolong Saba belikan barang, buat postage, pickup barang etc di saat Saba tak boleh keluar rumah. Tapi walaupun begitu ada beberapa isu yang kita kena ambil tahu sebelum menggunakan khidmat runner.

1) Trust
Nak minta seseorang yang kita tak kenal untuk buat sesuatu bukanlah satu perkara yang mudah, apa lagi bila melibatkan dokumen penting, duit, pihak lain atau sesuatu yang privacy. Tiada jaminan yang boleh menyelamatkan kita sebagai pelanggan sekiranya sesuatu yang tak diingini berlaku, ini bermakna sebarang urusan dengan runner adalah atas dasar TRUST.

2) Platform
Bagi yang tak pernah menggunakan khidmat runner pasti tertanya-tanya kat mana nak cari runner? Kebanyakan orang cuma akan cari di sosial media atau pun bertanya pada kenalan yang pernah menggunakan khidmat runner. Ini akan berisiko dari segi availability dan lokasi runner, mungkin runner tak free untuk tolong kita atau berada jauh dari kawasan kita berada.

3) Bayaran
Saba jenis segan nak tanya orang tu berapa kita kena bayar dia, tak pasti sama ada berapa amount yang sesuai dengan khidmat dia. Adakah RM30 terlalu mahal atau terlalu murah. Lepas tu nak bayar selepas kita dah guna khidmat runner atau bagi duit dulu? Kalau bagi duit dulu kalau dia lari macam mana?

4) Komunikasi
Setiap kali kita menggunakan khidmat runner pastinya kita inginkan update status penghantaran atau lokasi dah sampai mana? dapat ke tak? pada masa yang sama kita tak mahu terlalu mengganggu runner melakukan tugas mereka. Tetapi kalau kita diam, macam mana kita nak tahu amanah kita dilaksanakan atau tidak.

5) Masa
Kekangan masa terutama sekali apabila melibatkan waktu operasi tempat yang kita perlu pergi, nak mengagak sempat atau tidak pastinya tidak mudah. Lagi pula tiada jaminan time estimation untuk runner selesaikan tanggungjawab mereka mengikut masa kita.

Anda mungkin pernah mengalami 'dilema' ini sama seperti Saba, tapi syukurlah baru-baru ni Saba ada install satu app ni namanya Roda. Alhamdulillah setiap masalah yang Saba alami diatas dah tak jadi masalah. App ni adalah platform untuk kita dapatkan khidmat runner secara telus dan dipercayai. Semua runner dibawah Roda adalah berdaftar dan dinilai melalui review setiap pengguna jadi kita boleh tahu tahap servis dari mereka tanpa perlu risau. 

Platform yang digunakan pula ialah app yang sesuai untuk peranti ios dan juga android. Dengan hanya sekali request kita dah boleh alert pada runner-runner yang berada berdekatan. senang!

Dari segi bayaran, kita dah diberitahu siap-siap amount yang bakal kita dikenakan jadi bergantung pada kita sama ada untuk terima atau tidak. Malah setiap perkhidmatan yang memerlukan perbelanjaan bawah RM50 runner boleh mendahului duit mereka.

Untuk kumunikasi pula adalah sangat mudah, kerana dengan app ni kita boleh menghantar mesej secara terus dengan runner siap boleh track lokasi runner berada di mana jadi kita sentiasa updated dengan status perkhidmatan kita.

Soal masa pun kita dah diberitahu siap-siap estimate time delivery dari awal sampai selesai. Mudahkan?

Jadi kepada anda yang nak gunakan khidmat runner lepas ni, guna Roda je! Boleh install secara percuma di google playstore atau app store sekarang. Klik  icon dibawah:



Tonton video terbaru kami tentang Roda app:




1 comment:

Illya LeYa said...

Terbaeekklahhh.. First time dengar.. Lebih memudahkan sekarang kan.. Mcm2 ada

Currently Viewing

Followers

Instagram

Compilation video about us: