Thursday, December 27, 2018

Tempat Menarik di Pahang Barat - Part 1

DISCOVERY WEST OF PAHANG 2018

Baru – baru ini Saba dijemput oleh Tourism Malaysia Wilayah Timur untuk hadir FAM trip mengexplore apa yang menarik di pahang barat (Temerloh – Janda Baik – Genting highlands – Bentong) selama 3 hari 2 malam. Mulanya ingat nak trip berdua dengan Adwa tapi disebabkan Mommy pun belum mahir handle dia sendiri, jadi kita bawa Adwin!! Jadi, bermula lah trip Mommy bersama Adwin menjelajah Pahang Barat. Papa dengan Adwa kena tinggal sebab Papa ada satu event yang bercanggah tarikh dengan FAM trip. So, bye bye hihi.


Adwin sedih Adam tak ikut 😓


HARI PERTAMA – Temerloh dan Janda Baik

Kami bertolak dari Kuala Lumpur sekitar pukul 11 pagi. Seronoknya trip ke Pahang Barat sebab perjalanan dari Kuala Lumpur tidak mengambil masa lama. Kami ke destinasi pertama iaitu C’wok Café Temerloh sekitar 2 jam perjalanan sahaja. Tak sedar masa, tiba – tiba sudah sampai.

C’wok Café terletak di tepi jalan di Kampung Batu Tingkat Termerloh, sekitar 5KM dari exit 819 - Temerloh lebuhraya Kuala Lumpur - Gua Musang. Melihat pada papan tanda, sudah dapat agak yang menu kami pada tengahari itu adalah ikan patin tempoyak! Tengok meja orang lain pun mesti tidak akan tinggal menu ikan patin tempoyak. Tak sabar rasanya nak merasa apakah kelainan kedai itu, kenapa istimewa sangat kedai ini dengan menu ini. Selain itu, kami juga dihidangkan dengan daging masak gulai, ayam kampong gulai, taugeh, ikan sungai goreng dan ulam – ulaman.

Ini lah menu makanan tengahari kami. Nyummy!

Sebaik sahaja makanan di hidangkan di hadapan kami, kagum betul Saba dengan saiz hidangan ikan patin tempoyak restoran ini. Besar betul portion dia. Satu mangkuk boleh makan 2 – 3 orang. Kuahnya pula sangat berlemak. Rupanya, apabila kami tanya dengan pemilik restoran aka tukang masak utama, rahsia kuah tempoyak yang berlemak dan pekat itu sebenarnya datang dari kualiti tempoyak yang sentiasa dijaga. Ikan patin pula fresh sangat, diternak sebelah kedai C’wok Cafe. Adwin selalu susah nak makan, bayangkan dekat restoran itu dia berselera sangat makan nasi berlaukkan ikan patin tempoyak. Terkejut mommy! Bukan setakat ikan patin, boleh juga request nak udang galah, tapi kena buat tempahan awal lah. Baru dapat disediakan.


Belanja tengok saiz ikan. Besar kan? Memang puas hati!

Harga pun berpatutan sangat. Memang puas hati makan walaupun ambil sebahagian ikan sahaja sebab memang besar portion, boleh makan 2 -3 orang tau. Sambil makan, sambil fikir nanti nak bawa Papa, Adam, Adwa datang juga makan disitu sebab memang suka! Menu yang lain pun sedap cuma paling menang mestilah ikan patin tempoyak. Tiga kali Saba tambah! Habislah saya sobs.

Selepas kami kenyang makan, perjalanan diteruskan ke Tiarasa Escape di Janda Baik. Waktu kami bergerak hujan renyai – renyai, kemudian beransur lebat. Jadi, kami tersesat seketika waktu mencari di mana resort tersebut. Jadi akan melalui kawasan perumahan pekerja baru lah akan nampak pintu masuk Tiarasa Escapes.

Buat siapa yang tak pernah dengar apa itu Tiarasa Escape, ini merupakan resort yang menawarkan Glamping. Apa itu Glamping? Singkatan kepada Glamourous Camping. Gituuu! Saba pernah camping, tapi camping yang biasa – biasa sahaja lah, jadi bila dapat tengok konsep Glamping ini macam satu pengalaman baru. Bilik diperbuat daripada jaring2 yang menghalang nyamuk atau serengga lain terbang masuk, tidak menggunakan batu – bata sebagai dinding. Kemudian, atap pula adalah kain khemah yang waterproof, jadi kalau hujan pun tidak basah. Apa yang membuatkan dia glamourous adalah sebab walaupun menggunakan bahan seperti khemah, tapi dia sebenarnya satu bilik yang lengkap dengan katil, tandas, kipas, penghawa dingin sendiri. Dan, luas ya! Jadi, bersesuaian sangat pada mereka yang nak merasa ber camping tapi nak juga keselesaan macam tidur di dalam hotel.

tengok dinding tu. Guna jaring tau!
Adwin depan wading pool. Cantik!

Selain dari glamping, ada juga Treetop Villa ataupun rumah atas pokok. Konsep di Tiarasa ni memang unik ya, mengimbau kenangan waktu kecil main khemah – khemah atau rumah atas pokok. Sama seperti Glamping villa, Treetop Villa juga tidak kurang ekslusif ya. Siap dengan katil tilam dan tandas sendiri, malah ada balkoni juga yang ada sofa dan small tent untuk duduk – duduk. Siapa yang minat untuk bergambar, memang port menarik di sini.
Siap ada small tent dekat balkoni. Wah!

Treetop Villa. Cantikkkk!

Kawasan persekitaran di Tiarasa Escape juga mementingkan alam semulajadi walaupun suasana di dalam Glamping Villa sangat ekslusif. Ada wading pool untuk mandi dan juga ada sungai semulajadi untuk apa – apa aktiviti berkaitan. Malah, kami sebenarnya dirancang untuk berpiknik di hadapan sungai, tapi malangnya sebab hujan, jadi kami hanya berpiknik di cafe sahja. Malah, kalau malam, akan ada bonfire di kawasan resort kalau mahu BBQ atau katanya, konon - konon bakar marshmallow.

Team DWOP 2018 💖

Untuk yang dah berkeluarga macam kami, memang seronok pergi tempat - tempat seperti ini sebab macam - macam boleh explore bersama anak - anak. Memang excited Adwin bergambar dengan wading pool, nasib baik hujan jadi tidak boleh mandi. Servis juga sangat baik dan staf - staf di Tiarasa Retreats cekap melayan tetamu. Cuma, harga untuk semalam di Tiarasa Retreats berharga sekitar RM1000++, jadi buat mereka yang benar – benar ingin merasa kelainan konsep Glamping ataupun Treetop Villas,  boleh jadikan ini percutian ganjaran buat diri dan keluarga. Mesti jadi kenangan yang tidak boleh dilupakan! Sayang sangat kerana Tiarasa Retreat penuh dengan kumpulan syarikat untuk aktiviti mereka, jadi kami tidak dapat bermalam di sana. Melepas peluang untuk Glamping! Apa pun, di sini Saba sediakan contact detail dan info tentang Tiarasa Retreats, boleh simpan untuk rujukan masa depan!

ALAMAT: Persiaran Enderong, Kampung Janda Baik, 28750 Bentong, Pahang
NO TEL: 012-887 7777


Selepas itu, kami segera meredah hujan masuk ke dalam van untuk ke destinasi seterusnya. Masuk sahaja ke dalam van, driver suruh ’buckle up’ sebab kami nak naik ke Genting Highlands! Perjalanan dari Janda Baik ke Genting mengambil masa sekitar , dan disebabkan hujan dan gelap malam, maka pemandu kami lebih berhati – hati. Dari kaki bukit, sudah mula berkabus dan nampak lampu – lampu terang di atas bukit. Teruja betul untuk sampai ke destinasi terakhir iaitu Hotel Ion D’elemen pada hari pertama kami kerana semua pun sudah penat dan lapar.

Dari dalam van lagi Adwin sudah Mommy sediakan dengan baju sejuk. Mencabar juga ke Hotel Ion D’Elemen kerana dari pintu gerbang, masih sekitar 5KM untuk tiba ke hotel. Kata pemandu kami, mungkin hotel ini terletak di bukit sebelah. Wallahualam. Dari jauh kelihatan hotel besar tersergam indah dengan lampu yang terang benderang. Hebat nya boleh ada hotel semegah ini dekat Genting Highlands, detik hati.

 Sampai sahaja di hotel, kami disambut mesra dan terus dibawa ke bilik dewan untuk jamuan makan malam. Patutlah dari luar nampak gah, memang hotel ini besar! Ada 7 menara atau dipanggil tower dan keseluruhan terdapat lebih 600 bilik. Wah, sangat banyak kan? Masa di lobi, kelihatan penuh dengan para tetamu dari pelbagai negara memilih untuk menginap di hotel ini. Hotel Ion D’Elemen juga masih baru dan fasiliti mereka juga lengkap dengan bilik permainan kanak – kanak indoor dan outdoor, kolam renang, dan gimnasium. Kasihan Adwin nak sangat masuk bilik permainan tetapi Mommy sudah penat, jadi terpaksa sogok Adwin dengan aiskrim sahaja sebab tidak dapat temankan dia main di bilik permainan. Insyallah ada rezeki kita datang lagi ya Adwin? Bawa Adam dan Adwa hihi.

Bercerita tentang aiskrim, terus teringat jamuan makan malam dekat hotel Ion D’Elemen. Memang salah satu jamuan makan malam yang sangat memuaskan hati dari segi rasa dan pilihan makanan. Bayangkan, pilihan lauk sahaja banyak. Ada ketam, daging, sotong, udang, ayam, ikan salmon pun ada! Siap ada laksa, sup, dessert pula jangan ceritalah. Memang lebih dari puas hati. Aiskrim juga La Crameria. Adwin makan 3 aiskrim malam tu, Mommy bagi supaya dia bertenang masa upacara alu – aluan.


Selesai upacara, kami semua diberi kunci untuk masuk ke bilik masing – masing. Mommy dan Adwin dapat satu bilik, jadi kami turun ambil bagasi di lobi kemudian terus masuk ke bilik. Terus bersihkan diri dan bersiap untuk rehat sebab seharian sudah kepenatan kerana perjalanan dan kerana esok jadual penuh. Bilik memang sangat selesa ada dua katil twin jadi Mommy dan Adwin tidur di katil masing - masing. Tunggukan 'Ada Apa dengan Pahang Barat' bahagian dua di mana kami sharing lebih banyak aktiviti untuk dibuat di Pahang Barat! Yeay

2 comments:

acu yuhan said...

Hi menarik content. lets blogwalking and click ads. done follow u, follow me back http://acuyuhan.blogspot.com/ .thanks

Illya LeYa said...

Sangat menarik dan tertarik... Last ke Janda Baik, awal bulan tahun lepas kalau tak silap.. ke tahun 2017 gitu.. Lupa sudah.. Hehe.. Best3x... Boleh try ke sini pula

Currently Viewing

Instagram

Compilation video about us: