Wednesday, January 9, 2019

ADA APA DENGAN PAHANG BARAT - PART 2!




Bangun pagi, awal – awal lagi Adwin dah ajak Mommy untuk mandi dan bersiap untuk sarapan pagi. Memandangkan kami kena ’check out’, jadi kenalah terus kemas beg siap – siap sebelum turun ke dewan makan. Sampai di dewan makan, beruntung kami tidak perlu beratur untuk makan. Dewan makan hotel di Menara 7 tingkat 7 itu luas, tapi pagi itu penuh dengan orang! Rasanya ada yang buat seminar pada hari sama kami menginap di situ. Tidak kurang juga dengan keluarga yang membawa anak – anak mereka bercuti di Genting Highlands. Tak hairan lah penuh dewan! Pilihan makanan pun banyak, dan sedap! Sedap di mulut tau bukan pandangan. Tapi sebabkan kami sudah lambat untuk buat hotel inspection, jadi Mommy dan Adwin pun makan dengan laju! Kemudian, terus gerak pantas ke lobi supaya tidak terlewat.

tengok dewan makan dia penuh! Banyak pilihan makanan dan sedap!

Pagi itu kami ditemani oleh staf Hotel Ion D'Elemen melihat sekitar hotel dan jenis – jenis bilik yang ditawarkan. Ada dari standard double room sehingga unit 3 bilik. Boleh lihat di website https://www.iondelemenhotels.com untuk baca lebih terperinci tentang bilik dan fasiliti yang ditawarkan oleh Hotel Ion D’elemen. Untuk unit bilik yang mempunyai bilik seperti unit 1 bilik, 2 bilik dan 3 bilik, sangat sesuai untuk bawa keluarga beramai - ramai kalau bercuti di Genting Highlands. Yang bestnya sebab ada dapur dan tempat makan juga. Rasa seperti berada di rumah pula. Memang selesa dan praktikal!

Cuma salah satu yang buat semua orang agak teruja sebab di Hotel Ion D’elemen ada klinik untuk pembedahan plastik! Ingatkan ada di luar negara sahaja. Jadi, buat yang mengambil rawatan di sini akan tinggal di Hotel Ion D’Elemen untuk rawatan dan terapi.

Adwin busy tengok apa ada dekat sekitar Genting Highlands 😆
Cantiknya view bilik siap ada bukit kabus dekat luar!

 
Ini contoh dapur dan ruang makan 
Seterusnya kami mulakan aktiviti kami pada hari itu iaitu naik kereta kabel, masuk ke Jurassic Park Research Centre, Zombie Outbreak dan Ripley Believe it or not. Sepatutnya masuk juga ke Snow World tapi tidak sempat masa jadi kami hanya singgah di Genting Premium Outlet sahaja.

Habis urusan di atas, kami mula turun ke bawah untuk ke destinasi seterusnya iaitu Genting Strawberry Park. Tak banyak strawberi di sini sebab musim yang bersilih ganti, tetapi buat sesiapa yang mahu melihat strawberi ataupun taman lavender, boleh singgah di sini kerana memang sehala. Satu benda sempat Saba beli di taman lavender adalah losyen badan Lavender bersama Cammomile harga RM30 sahaja! Memang suka!

Kemudian kami turun ke Bentong untuk destinasi terakhir. Perjalanan tidak jauh, cuma mungkin kerana turun dari bukit dan penat aktiviti seharian, kami semua terus tidur di dalam van. Tidak sedar, selepas tol Bentong, van memberi signal kiri dan masuk ke dalam kawasan The Acacia Retreats. Wah, kalau yang tidak berhati – hati mesti akan terlepas lorong tersebut. Jadi, apabila lepas tol, sila lah berhati – hati kerana kalau tidak nak buat u – turn memang agak jauh.

Masuk ke kawasan resort, kami melalui jambatan di atas sungai kemudian berhenti di hadapan lobi. Wah, di lobi papan tandanya di buat atas kayu balak. DI tepi lobi ada tempat makan ataupun dewan makan. Malam itu, aktiviti kami adalah BBQ dan berehat serta cabutan bertuah! Saba menang cawan yeay!!!! Rasa bertuah sangat hihi. Jadi, malam itu saba berehat di bilik bersama Adwin berdua. Nak cerita tentang resort pun tak boleh sangat sebab dah malam, kami pun hanya ke dewan makan dan bilik. Bilik dia luas sangat, ada bilik air, katil, almari dan meja solek serta ada penghawa dingin. Cuma, wifi agak slow sebab jauh dari lobi dan tiada TV hihi. Mungkin itu bilik kami, tak pasti pula bilik yang lain – lain. Malam itu kami tidur lena sebab sudah kepenatan seharian.

Keesokan harinya, awal pagi kami sarapan di dewan makan semalam. Baru lah nampak kawasan Acacia Retreats. Memang luas dan terdapat juga water villa, villa berhadapan sungai, rumah Smurfs tapi yang ini masih di baik pulih, ada juga rumah barge iaitu bilik di atas air. Memang cantik dan sangat best untuk datang bersama keluarga atau aktiviti company. Pagi itu selepas kami habis makan pagi, terus berkumpul di hadapan kolam renang untuk acara Treasure Hunt! Wah, dah lama sungguh tidak main permainan macam ini, jadi mula – mula belum teruja lagi. Tapi, bila dah mula bermain, fuhh kalau boleh nak menang. Aktiviti treasure hunt ini di sediakan oleh pihak The Acacia Retreats, memang sangat best untuk explore resort yang sebesar 4 ekar. Selain itu, ada juga aktiviti hiking dan jungle trekking untuk mereka yang minat untuk melakukan aktiviti tersebut. Kemudian, kami berkumpul semula di bahagian atas dewan makan untuk sesi pemberian hadiah. Walaupun kami mendapat nombor terakhir tapi memang satu permainan yang menarik sebab dapat pupuk rasa kerjasama dan seronok! Kemudian kami ada pesta makan durian sebab daerah Bentong memang terkenal dengan durian dan makan tengahari. Oh lupa, dekat situ juga ada kuda tau. Dilepaskan begitu sahaja, bernama Laura hihi. Kemudian kami makan tengahari dan check out dari the Acacia Retreats. Tak sempat nak explore semua sebab kawasannya besar. Insyallah boleh repeat lain kali, bawa keluarga besar terus!

Kemudian, kami ke destinasi terakhir iaitu Bentong Gallery. Di sana, kami banyak belajar tentang sejarah Bentong serta tarikan yang ada di sekitar kawasan Pahang. Dapat satu buku penuh dengan tips dan tempat menarik, insyallah kami akan try dan share untuk trip akan datang! Kemudian kami di jamu Musang King Ice Cream yang sangat sedap, lemang dan rendang serta kuih – muih. Selepas acara makan petang, kami bertukar – tukar kad dan juga no tel untuk rujukan masa depan.

Terima kasih sangat untuk Tourism Malaysia Wilayah Timur atas jemputan untuk turut serta dalam trip ’Discovery West of Pahang’. Moga ada rezeki untuk turut serta trip lain pula insyallah.

No comments:

Currently Viewing

Instagram

Compilation video about us: