Monday, July 15, 2019

Homestay Best di Seremban




Homestay Best di Seremban dengan konsep klasik dan mewah. Terletak di Taman Kiambang Senawang. Tidak terlalu jauh dari Lembah Klang, lebih privasi dan banyak fasiliti yang sesuai untuk berkumpul bersama keluarga atau aktiviti beramai-ramai.



Salam semua! Alhamdulillah dah selamat kita beraya selama satu bulan dan busy kami berlanjutan sejak dari pesta buku kemudian Festival Ramadhan di Putrajaya. Fuh! Selesai je semua kerja, terus rasa macam nak vacation bertenang - tenan. Itu yang terus raya ke - 5 kami terbang ke Danau Toba Indonesia (untuk entry pasal percutian danau toba boleh klik sini). Tapi sangkaan kami kononnya nak bersantai-santai di Danau Toba bertukar menjadi percutian yang padat dengan aktiviti. Jadi balik dari Danau Toba, Saba nak Qada' percutian yang sepatutnya bertenang-tenang tu. Teringin untuk next vacation pula tapi nak yang lebih santai, kali ni nak bawa family mertua. Cuma, disebabkan Mama tak berapa sihat dan tidak boleh dalam kereta lama, jadi memang niat nak cari tempat atau vacation yang tak jauh sangat dari KL. 
 Tu yang kami cari homestay best di Seremban.

Villa Kiambang luas untuk family day! Yeay

Akhirnya, kami decide untuk ambil villa keluarga yang ada fasiliti kolam renang private di Villa Kiambang, atau lebih dikenali sebagai Homestay Villa Seremban. Kalau nak ke sini, korang just waze je Homestay Villa Seremban atau Villa Kiambang. Lokasi strategik sebab kurang 1 jam dari rumah Mama (mertua) di Sg Besi, Kuala Lumpur. Jalan ke Villa tu pun mudah kerana berdekatan dengan jalan besar. Sebelum puasa tempoh hari, ada cover media trip ke Negeri Sembilan, masa tidur di hotel di Seremban, memang ada pasang niat nak bawa Mama bercuti, mungkin stay di hotel tersebut cuma bilik ada dua sahaja dan kolam kena bercampur dengan pengunjung lain, jadi bila dapat 1 villa macam ni ada 3 bilik siap ada private swimming pool, memang terbaik!

Sampai sahaja di Taman Kiambang, Senawang, akan ada pondok jaga berpagar. Boleh cakap dekat Pak Cik Guard nak ke Villa Kiambang. Nanti guard akan bagi masuk, tak perlu tinggalkan ID terus sahaja hingga ke hujung jalan akan nampak villa di lereng bukit, pintu masuk di sebelah kanan akan ada sign board Villa Kiambang.

Sign board di tempat parking

Memang first impression untuk Villa Kiambang ni, terus rasa 'wah sangat luas' kalau untuk family vacation. Mama siap tanya lagi "semua ni kita punya?" staf dia jawab "Betul tu, dari hujung sana sampai belakang tu, tak ada orang lain di Villa ni" memang rasanya susah nak jumpa Homestay Best di Seremban macam ni. 

Memang sesuai sangat sangatlah untuk mereka yang bawa family ramai. Masuk pintu masuk akan ada gazebo tempat duduk - duduk di sebelah pintu masuk dia yang klasik, lepastu villa ini nampak mewah dengan seni bina utama yang berasaskan kayu tau. Kemudian laman luas sehingga ke pintu bilik. Boleh tengok gambar sebagai bukti. Kemudian, best untuk ibu bapa yang menggunakan wheelchair sebab ada laluan wheelchair terus ke bilik, sanata OKU friendly. Untuk anak-anak kecil pula pasti teruja sebaik melangkah masuk sebab akan terus nampak taman permainan mini di laman utama. 

Tempat permainan budak budak

Lagi satu yang bestnya Villa ni OKU friendly tau, ada ramp untuk naik kerusi roda / stroller. Kemudian ada 1 bilik di bahagian bawah jadi tak perlu naik tangga. Bilik dekat bawah ini sesuai untuk mereka yang ada masalah nak naik tangga. jadi, kami bagi Mama serta Tata dan adik ipar untuk tidur di bilik bawah. Ada tandas dan shower, aircond serta kipas. Masa kami sampai, bilik siap ada decoration tau!! Ada belon cantik, ucapan selamat datang, ada buah dan coklat. Rasa welcoming sangat!
Welcome memo 
Terasa welcome sangat dengan belon decoration semua ;) Ini bilik orked di bawah - 1 Queen

Dekat atas ada lagi 2 bilik iaitu bilik Lily dan bilik Mawar. Bilik Lily katil queen hampir sama besar dengan bilik bawah, ada bilik air sendiri juga. Bilik Mawar pula paling besar! Ada dua katil queen dan 1 katil single. Memang sesuai untuk mereka yang ramai. Ada bilik air sendiri juga, ada iron board, almari untuk gantung baju, sejadah, al quran dan tuala disediakan.

Bilik Lily - 1 katil queen
Bilik Mawar - paling luas 2 katil Queen dan 1 single

Selesai part bilik, kami turun ke bawah untuk ruang tamu dewan makan. Luas sangat ada TV, ada unifi, ada astro dan di sini ada 4 meja makan kayu. Kalau makan beramai - ramai sambil tengok tv memang best! Ruang makan terbuka jadi budak - budak boleh bebas dan pergi main di tempat permainan yang disediakan juga. Tempat BBQ disediakan, tinggal bawa barang untuk di panggang sahaja tau! Memang bila malam buat BBQ tu, rasa macam family time sangat makan sambil borak sambil tengok tv beramai - ramai. Puas betul rasa homestay best di seremban ni.
Ruang makan terbuka, ada TV

misi BBQ ;)


Petang itu, kami tanpa membazir masa terus ke kolam renang untuk mandi manda satu family. Bagusnya pool dekat Villa Kiambang ni ada bahagian dewasa dan kanak - kanak dan dipisahkan dengan pagar. Jadi, memang selamat dan takdelah situasi budak terjun masuk kolam dewasa. Mama siap join mandi berenang sekali, memang tepat keputusan kami nak bawa ke villa ini. Ada juga lah aktiviti bersama dan sebab tiada orang lain, lebih rasa privasi kami terjaga. Nak cari homestay villa best di Seremban yang ada private pool tak banyak. Tu yang rasa untung jumpa Villa ni.

Mama pun join masuk kolam yeay!
Kolam ni malam pun boleh mandi tau! Cantik lampu dia

 
Untuk percutian kami kali ini, kami ambil 3H2M di Villa Kiambang. Waktu check in pada pukul 12PM dan check out pukul 2PM. Breakfast disediakan tau pagi - pagi ada staf datang hantar nasi lemak / roti canai. Kalau nak makanan tengahari dalam pakej pun boleh, kami ambil 1 hari untuk merasa makanan Nogori Sembilan di Cafe Melewar. Pedas daging salai masak lemak dia, tapi sedap!

Makan daging salai masak lomak di Cafe Melewar

Hari terakhir kami check out, kami ke Tanjung Biru mandi laut pula. Sekitar 30 minit sahaja dari Villa Kiambang. TQ pada Villa Kiambang (staff nama Erkha) sebab bagi servis tip - top dari masa kami datang hingga balik. Villa Kiambang ini pun sesuai untuk event seperti birthday party, small wedding, aqiqah, small event, family day, wedding boleh dibuat di sini. Insyallah saba sediakan contact details di bawah, jadi kalau berminat nak ke sini boleh sahaja roger no dan info, cakap je yang saba yang bagi ya!

Harga per malam whole Villa untuk
weekdays : RM750

weekend : RM850
(ni harga masa entry ni ditulis, mungkin berubah ikut masa anda baca ni) 

VILLA KIAMBANG +60162594055 / +60163451055 

IG / FB : HOMESTAY VILLA SEREMBANNak dapat feel lebih, boleh layan video sepanjang kami di Villa Kiambang @ Homestay Best di Seremban





No comments:

Currently Viewing

Instagram

Compilation video about us: