Saturday, October 12, 2019

13 AKTIVITI DI TIOMAN YANG RUGI ANDA TAK BUAT




JOM EXPLORE AKTIVITI BUCKET LIST KALAU ANDA KE TIOMAN

Jadi, minggu lepas kami dah selamat ke Tioman untuk pertama kali dalam hidup, memang best sangat! 😍 Banyak benda kami cuba dan explore Tioman tapi ada banyak lagi aktiviti best kami tak sempat buat sepanjang trip 4H3M tu. So, dalam entri ni Saba tulis siap - siap dekat sini apa bucket list aktiviti yang boleh di buat kalau nak ke Tioman nanti.


1. Snorkeling, of course!

Ninja sedang snorkeling 😎
Okay jadi untuk must - do activity adalah snorkeling. Di Tioman ni air nya jernih, banyak kehidupan laut yang cantik - cantik dan batu karang yang unik tau, jadi kalau tak cuba snorkeling macam rugi sangat! Anda boleh snorkeling di mana - mana sahaja sekitar Tioman, tapi antara tempat yang menjadi tumpuan untuk snorkeling adalah Pulau Renggis, Marine Park, Pulau Tomok. Ini selalu nya hotspot untuk snorkeling. Selain 3 tempat ini, boleh juga snorkeling di Salang atau di Juara. Yang penting kena try snorkeling okay!



budak - budak pun boleh snorkeling. good family time!

2. Try Discovery Scuba Diving
      
Ninja ready beraksi untuk Discovery Scuba Diving

Ini adalah kali pertama Saba cuba Discovery Scuba Diving and sejujurnya, rasa nak repeat lagi! Sebab masa kami buat DSD dah petang, time tu penat sebab whole day full activities, dan bila gelap jadi dalam laut tu tak nampak apa! Di tambah dengan nervous pertama kali bernafas dan bergantung pada tangki oksigen. Dekat kampung Genting, ada life centre untuk try aktiviti DSD ni dengan harga RM180. Selepas dah sign form semua, ambil suit (boleh sahaja pakai baju sedia ada), ambil fin untuk kaki, google dan mereka akan bawakan equipment lain ke tempat briefing. 

Selepas dah ada safety briefing dan tutorial penggunaan dan aktiviti DSD, kami pakai equipment masing - masing dan terus di bawa ke persisiran pantai. Then baru pakai fin dekat kaki dan masuk air. Tak senang nak berenang guna fin, nasib instructor tunjuk ajar satu - satu. Then, terus ke tempat yang agak dalam sekitar 4 meter dan turun ke dasar laut seorang demi seorang. Bayangkan Saba adalah yang first kena turun bawah tu. Mendebarkan! TAPI, pengalaman seronok sebab pertama kali try untuk menyelam dalam. Saba suggest korang buat pagi atau tengahari sebab pemandangan akan lebih cantik dan jelas. 
misi menyelam di bawah air!

3. Ambil lesan DIVING!

Disebabkan kita dah buat discovery scuba diving, buat sesiapa yang nak go further dan tiba - tiba jatuh minat, atau memang minat, boleh la masukkan dalam bucket list ke Tioman untuk buat lesen diving! Tempat kami ambil pakej DSD pun ada menawarkan kursus diving, jadi anda boleh ke sana tau ada juga tempat lain yang tawarkan kursus lesen diving sekitar Tioman. Kena buat research mana yang murah dan berbaloi okay. Yang penting boleh masuk bucket list kalau berminat!

4. Island Hopping

Di Tioman, terdapat pelbagai pulau kecil dan kawasan yang sesuai untuk island hopping. Selalunya pakej island hopping akan sekali dengan snorkeling! Jadi, dah jimat. Tioman ni besar dan selain dari Tekek dan juara, kawasan lain kena melalui jalan laut. Jadi, bila buat island hopping dapatlah tengok lebih banyak kawasan di Tioman. Air pun cantik sangat, memang best atas speed boat!

Team jalan - jalan atas laut (geng tourism)

5. Sunset di Marina Park

Marina park ataupun taman marina sangat cantik dari dalam laut dan luar tau! Masa kami sampai di Marina Park dah nak petang. Kami mandi di persisiran pantai sambil tengok - tengok ikan kemudian jalan tepi pantai sambil ditemani sunset. Lepas itu makan laksa dan keropok lekor dekat gerai terdekat yang buka. Memang menenangkan dan pemandangan sangat cantik! Ada view gunung sikit, laut, sunset memang onz! 



Pemandangan di Taman Marin. Cantik!

6. Lawat Kampung Juara untuk Juara Turtle Project

Kampung Juara ada macam - macam tarikan, dan salah satunya adalah Juara Turtle Project di mana mereka membuat pusat pemuliharaan penyu. Menarik kan? Orang boleh datang tengok telur penyu menetas, ataupun boleh buat aktiviti sukarelawan. Ramai pelancong dari luar buat sukarelawan di sini bersama keluarga, memang pengalaman yang senang nak dapat. Kami tak sempat untuk melawat ke sini, tapi berdasarkan apa yang Saba baca dan orang sharing, memang worth a visit sangat kalau anda ke kampung Juara.

credit gambar = journey Malaysia.
Dah alang - alang anda ke Kampung Juara, anda boleh juga cuba untuk surfing, snorkeling dan tidur di The Barat Tioman. Kami tidur semalam di The Barat Tioman, alhamdulillah selesa sangat dan cantik resort ini. Paling suka beachfront dia berkonsep ala - ala di Bali. Memang rasa seperti melancong di luar negara walaupun hanya ke Tioman. 

Depan The Barat Tioman, ada kawasan pantai yang dah di dekorasi ala - ala Bali.
Boleh main futsal, ping pong, berehat dan ada buaian semua boleh baring rileks - rileks.
Anak - anak boleh main pasir pantai dengan happynya!

7. Juggle trekking

Sewaktu kami ke Kampung Juara menaiki 4WD, kami melalui kawasan hutan dan driver kami cerita yang salah satu aktiviti yang ramai pengunjung buat kalau datang ke Tioman adalah Jungle trekking! Di Tioman, masih terdapat hutan dara yang belum diteroka. Macam - macam habitat hutan dan spesies flora dan fauna yang unik di dalam hutan di Tioman. Itu yang menarik pengunjung untuk buat jungle trekking! Antara trail ataupun jejak hutan yang selalu di lakukan adalah hutan di antara kampung Tekek dan Juara (ini kata mereka agak sukar sedikit, better ambil guide dan jangan pergi sendiri, bahaya!), Kampung Paya dan Genting serta di Pulau Mukut. Ada yang kata, boleh cari chameleon (sesumpah liar) dan Raflesia tau di Tioman. Menarik betul! Kami tak sempat buat atas kekangan masa dan sebab bawa budak kecil, insyallah boleh repeat next time dengan anak - anak bila dah besar sedikit yeay.

Credit gambar = Trip Advisor

8. Mandi air terjun, refreshing!

Kalau dah bercerita tentang hutan, nak bercerita juga yang selain dari laut, boleh juga buat aktiviti mencari air terjun di Tioman! Air Terjun yang famous adalah air terjun Asah. Kami ke sini dengan menaiki bot sehingga ke jeti Asah dan terus hiking ke tempat air terjun sekitar 30 minit. Jalannya tidak begitu susah sebab ada tangga cuma penat juga lah dukung Adwa yang belum reti berjalan. Selain dari air terjun Asah, kalau ke Kampung Juara boleh ke air terjun Lubok Tija. Best kalau pergi ke air terjun sambil mandi dan berkelah, refresh selepas dah seharian mandi laut.

Anak - anak pun happy dapat mandi air terjun. Sejuk!
Ini lah air terjun Asah. Agak dalam juga tau,
jadi kalau tak pandai berenang kena bawa life jacket.

9. Berkhemah tepi laut!

Masa nak hiking naik air terjun Asah, di depan jeti kampung Asah ada tempat berkhemah cuma agak terbiar. Mungkin bukan musim tapi best kan kalau boleh berkhemah tepi laut biru? Yang saba suka kalau aktiviti berkhemah di Tioman sebab pasir pantai bersih dan pemandangan Tioman yang sangat breathtaking! Dan masa nak balik semula di jeti, nampak ada satu keluarga yang bawa beg camping dan khemah. Insyallah kalau ada rezeki nak datang balik Tioman, Saba nak try untuk berkhemah! Masa di UK dulu suka camping - camping ni. Repeat dengan family mesti memorable! Jadi, saba masukkan berkhemah di Tioman as salah satu bucketlist juga untuk dibuat. Buat siapa yang datang budget, nak jimat cost sambil buat aktiviti yang bukan kebiasaan ni, boleh la try camping!

Ini tapak perkhemahan di Segipong Bay Tioman.
Pakej dan gambar ini saba jumpa di FB: Pakej Tioman Kg Salang.
Tak sempat ke Kg Salang, insyallah next time boleh datang sini berkhemah yeay!

10. Menginap di Tunamaya Resort, ada private beachfront!

Kalau tadi kita dah cerita pasal berkhemah, now aktiviti yang Saba nak masukkan dalam bucket list adalah menginap di Tunamaya resort. Mesti pelik kenapa nak masukkan tidur dalam resort sebagai bucket list, tapi masa pertama kali Saba datang ke Tunamaya Resort memang amazing experience! Laut dia cantik, tak ramai orang dan resort dia sangat exclusive! Rasa macam dekat Maldives, macam orang kaya tau dekat sini 😂 dengan rate dari RM400++/ malam, bagi Saba pengalaman duduk di sini memang best dan affordable sangat! kalau private resort lain dah harga ribu ribu dah. Kalau sesiapa nak cari tempat honeymoon, memang sesuai datang sini. Kalau nak tenangkan minda hati dan perasaan, 2H1M di Tunamaya adalah salah satu aktiviti yang boleh dicuba sebab bila anda ke sini, boleh rest dan boleh explore private beachfront tanpa hiruk pikuk orang lain. Akan rasa exclusive dan tenang je. Saba memang nak repeat datang Tioman tidur sini 1 malam. 

Cantik betul kawasan resort Tunamaya ni. Kami datang sini untuk
lunch sahaja dan makanan dia sedap! thank you Chef!
11. Shopping duty free!

Buat siapa yang tak tahu macam Saba, dekat Tioman pun ada duty free tau! Yang peminat coklat mesti happy datang Tioman. Kami sempat singgah di Tekek untuk beli barang - barang duty free, tapi Saba just beli pampers je sebab kehabisan stok! 😓 tapi, pada siapa yang suka shopping especially barang - barang duty free, boleh masuk dalam aktiviti bucket list kalau ke Tioman!

Duty shop yang kami singgah tempoh hari. credit gambar = google
sebab tak sempat nak ambil gambar, busy shopping! 👀

12. Panjat Gunung Kajang yang penuh adventure!

Aktiviti ni Saba tak sempat buat dan most likely tak akan buat sebab tak minat nak panjat - panjat gunung, tapi Saba letak dalam aktiviti bucket list sebab Saba tahu dekat luar sana memang ada peminat untuk hiking dan panjat gunung ni! Jadi, boleh la letak dalam bucket list untuk panjat Gunung Kajang. Gunung ni tinggi 1038 meter dan merupakan gunung tertinggi di pulau lokasi Semenanjung Malaysia. Anda boleh mulakan perjalanan dari kampung Paya sehingga sampai ke puncak Gunung. Menarik kan? 

Ini lah Gunung Kajang. Agak mencuram tau, jadi kena ada fitness yang cukup!

13. Rock climbing di Gunung Nenek Semukut

Ini yang paling rare dan boleh masuk bucket list anda kalau ke Tioman. Ekspedisi panjat batu di Gunung Nenek Semukut atau juga dikenali sebagai Dragon Horns perlu dibuat secara berkumpulan dan setakat ini, tidak semua yang mencuba untuk buat rock climbing berjaya menghabiskan misi ini. Pemandu pelancong kami memberitahu bahawa sesiapa yang berhajat untuk rock climbing di Gunung Nenek Semukut akan memerlukan sekitar 5 hari perjalanan mendaki, 1 malam tidur sambil 'tergantung' kemudian sambung kembali mendaki sebelum turun semula ke bawah. Saba tak banyak info tentang aktiviti ini, tapi rasanya kalau berminat boleh sahaja tanya mana - mana pemandu pelancong di Tioman samada mereka ada menawarkan pakej rock climbing ke Gunung Nenek Semukut. Selamat mencubaa!

Gunung Nenek Semukt atau Dragon Horns yang menjadi tarikan baru untuk pendaki ekstrem
Gambar kredit: world heritage 

Jadi, ini adalah 13 aktiviti bucket list untuk korang tick bila ke Tioman. Memang best sangat Tioman, insyallah bila dah ada direct flight by SKS Airways nanti akan lebih mudah la explore Tioman. Yeay!


1 comment:

Illya LeYa said...

Sesungguhnya pemandangan di Tioman memang cantik sekali... Best

Currently Viewing

Instagram

Compilation video about us: