Sunday, October 27, 2019

15 AKTIVITI BUCKET LIST KOTA KINABALU & KUNDASANG 2H1M

15 AKTIVITI BEST DI KOTA KINABALU DAN KUNDASANG DENGAN BUDGET RM290 2H1M TERMASUK PENGINAPAN



Alhamdulillah akhirnya balik juga ke negeri kelahiran suami setelah lama merancang nak ke Sabah! Dah pernah pergi ke Sabah sekali tapi itu pun untuk melawat sahabat masa di UK, jadi tak explore pun! Bila ada peluang nak ke Sabah dengan family ni rasa excited sangat, dan rasa macam nak buat macam - macam benda. So, ini adalah itinerary ataupun 15 aktiviti yang kami berjaya buat dengan hanya 2 hari di Sabah. Siap ke Kundasang tau! Sebenarnya kami pergi lebih lama siap ke Pulau lagi, tapi untuk entri ini kita fokus 15 aktiviti best di Kota Kinabalu dan Kundasang untuk 2 HARI 1 MALAM dengan budget RM290 termasuk penginapan! Jom baca 😎



HARI PERTAMA

1) Rumah Terbalik dan 3D

Pada hari pertama, kami bangun seawal pukul 5AM dan bersiap - siap untuk check out dari hotel. Kami sampai semalam dari Labuan jadi stay semalam di KK. Hari ini baru lah nak bermula aktivti explore Sabah! Kalau yang belum pernah ke Sabah, di sini matahari terbit awal ya, sekitar 1jam awal. Jadi pukul 6 lebih dah start cerah. Kami berjanji nak keluar dalam pukul 7AM. Breakfast awal!


Kemudian, kami terus masuk kereta dan bergerak ke destinasi pertama iaitu 'RUMAH TERBALIK' di Jalan Telibong - Tamparuli, Tuaran. Sekitar 50 minit - 1 jam perjalanan naik kereta. Tiket masuk RM10 dewasa & RM5 untuk kanak - kanak. Disini juga terdapat museum 3D jadi kalau anda berminat nak masuk, boleh beli tiket combo. Rupanya, di sini lah rumah terbalik pertama di Malaysia tau! Memang menarik. Kami habiskan masa sekitar 30 min - 45 min di sini dan terus ke destinasi seterusnya. Hari masih panjang!



termenung ke tu? 😁


2) Pekan Nabalu

Destinasi seterusnya adalah pekan Nabalu, di mana anda boleh nampak Gunung Kinabalu tersergam indah di depan anda. Memang spot untuk ambil gambar kinabalu cantik adalah di sini. Dekat Pekan Nabalu juga ada tempat jualan cenderamata dan buah - buahan. Memang kena singgah!




Cantik kan view kinabalu dekat belakang.
tempat beli souvenir, memang banyak pilihan best!

3) Kinabalu Park


Selepas Pekan Nabalu, kita akan singgah ke Kinabalu Park iaitu world heritage site! Di sini lah permulaan untuk mereka yang nak mendaki Gunung Kinabalu. Kami tak merancang mendaki, cuma ambil gambar di kaki gunung sahaja hihi. Rupanya kalau tak mahu mendaki, ada macam - macam lagi aktiviti lain yang boleh dibuat seperti lawat Taman Botani, atau melewati jejak alam semula jadi (nature trails) yang ada 8 kesemuanya di Taman Kinabalu, lalu kanopi walk, atau melawat Taman Rafflesia! Macam - macam boleh buat tau!


Di Kinabalu Park

4) Air Panas Poring Ranau


Selesai Kinabalu Park, kami terus ke Air Panas Poring Ranau. Dekat sini ada tempat mandi air panas, tapi ada juga kolam biasa untuk mereka yang tak mahu mandi air panas. Kami ambil peluang untuk refresh dan merendam kaki dalam air panas, Adam Adwin pula excited main air. Ramai juga yang datang ke sini, dan anda kena cepat - cepat cari port kolam yang kosong untuk anda gunakan ataupun kalau nak private, boleh bayar lebih untuk dapatkan kolam private anda sendiri. Ada juga trail untuk ke Jambatan Gantung Poring, jadi kalau rajin boleh la pergi! Nak masuk sini bayaran sekitar RM3 (dewasa) dan RM1 (kanak - kanak). Sangat segar lepas mandi air panas ya!


Peta Air Panas Poring

Di Air Panas Poring, Ranau. Best rendam kaki


5) Pasar Malam Kundasang

Selepas sudah berendam dan main air panas, kami meneruskan perjalanan ke Kundasang. Tapi sebelum check - in hotel, semestinya kena singgah dahulu ke Pasar Malam Kundasang untuk buat bekalan di malam hari. Ada pelbagai juadah disediakan serta sayur & buah - buahan di jual disini. Dan, kami tak melepaskan peluang untuk membeli kepak ayam madu yang viral di Kundasang.


6) British Memorial Park


Sambil Saba membeli belah di Pasar Malam Kundasang, Azlan pula sempat ke British Memorial Park untuk melihat tugu peninggalan askar - askar British di Sabah. Siapa yang berminat dengan sejarah, boleh juga singgah di sini ya!



Pintu masuk Memorial British Park

Cantik juga tau kawasan dalam memorial park ni

7)Tidur di Kundasang


Selesai urusan di pekan Kundasang, kami meneruskan perjalanan untuk destinasi terakhir iaitu ke penginapan kami di malam ini. Di Kundasang terdapat pelbagai tempat penginapan yang menarik tau, boleh ikut minat, kesesuaian dan budget nak pengalaman yang macam mana. Ada yang menghadap gunung Kinabalu. Memang experience menarik! Di sini tak perlu aircond tau sebab Kundasang memang sejuk terutama pada waktu malam. Jom tidur! Selesai 1 hari yang padat yeay!


Minum susu sambil memandang ke luar balkoni! cantik betul pemadangan bilik kami




HARI KE - 2


8)Ranau Rabbit Farm


Hari ke - 2 juga akan padat jadi awal pagi lagi kami dah check out. Destinasi pertama adalah Ranau Rabbit Farm. Memang best datang sini terutama kalau bawa anak - anak. Excited betul mereka dapat pegang arnab depan - depan! Arnab dekat sini jinak betul dan banyak! Tak panas sebab di bumbungi payung - payung cantik! Kalau nak bagi makan arnab boleh beli makanan arnab. Cuma, nak datang sini agak terpencil sebab masuk dalam kawasan kampung, jadi kalau tak jumpa, kena bertanya - tanya lah! Kalau nak senang, ambil tour guide insyallah tak sesat!


Dah sampai Ranau Rabbit Farm yeay!

Abang Lan takut - takut pegang rabbit tu 😂
pengalaman bagi makan rabbit

9) Desa Dairy Farm


Selepas dah beramah mesra dengan arnab, kita pergi bertemu dengan lembu pula! Kalau siapa yang tak tahu, Kundasang Sabah ni juga dikenali sebagai 'New Zealand' of Malaysia. Sebabnya kita ada ladang lembu, dan dibelakang ada pemandangan gunung serta kabus - kabus sikit. Memang rasa macam di New Zealand! Ramai yang kalau ke Kundasang, wajib datang ke sini. Selain dari boleh tengok lembu di depan mata, boleh tengok juga proses penghasilan susu lembu yang segar dan beli susu segar! Kalau beli susu segar atau aiskrim di sini memang kena habiskan laju - laju sebab nanti sudah tak fresh la!

Adam Adwin bermesra dengan lembu dekat Desa Dairy Farm

berkabus jadi tak dapat pemandangan gunung


Susu Coklat Desa Dairy Farm. Sedapp dan fresh!


10)Sungai ikan koi


Ini adalah aktiviti agak lain untuk kami. Bila pemandu pelancong tanya nak pergi rendam kaki sambil ada ikan di kaki, ingatkan macam fish spa ikan kecil - kecil tu. Rupa - rupanya ikan dia masyaAllah besar - besar sangat! Ikan koi pula tu. Jadi, anda akan beli makanan ikan dan pegang makanan ikan itu masuk ke dalam sungai dan ikan akan kerumuni anda! Bayangkan ikan besar - besar di kaki anda sambil sedut makanan di tangan, memang menggelikan tapi adrenaline rush! Haha! Untuk aktiviti ini, kena la sediakan baju salin ya, sebab akan basah masuk dalam sungai.


heloo ikan besar besar! Geli gila makan dari tangan

11)Mini zoo


Dekat tempat ikan tadi, juga ada mini zoo. Dekat sini ada rusa, landak dan burung. Boleh la lepas bermesra dengan ikan di sungai, bawa anak - anak lihat haiwan lain.


tengok rusa, landak dan burung - burung

Johny si landak


12)Jambatan Tamparuli


Dah selesai di sungai dan mini zoo, kita pergi melawat satu jambatan lama iaitu jambatan Tamparuli yang jadi mercu tanda pekan Tamparuli. Dekat sini kami jalan dari hujung ke hujung dan ramai juga orang tempatan yang menggunakan jambatan ini. Ikonik!



Bergambar di atas Jambatan Tamparuli


13)Cowboy Town Tuaran

Dari perjalanan dari Ranau ke Kota Kinabalu, kami sempat singgah ke Cowboy Town Tuaran. Dekat sini, boleh naik kuda tau! Dekat sini ada kereta antik, ada cafe dan sebenarnya dah dekat dengan pantai. Kalau ada masa, boleh singgah pantai sekali!


Husband dengan seekor kuda bernama Tiger 

14)Pasar Todak untuk makan malam seafood


Kemudian, kami terus bergerak ke bandar Kota Kinabalu. Bila sampai dah petang, kami terus ke Pasar Todak untuk makan malam seafood. Memang ramai yang beritahu kalau nak makan seafood, lebih baik di sini dan harga juga lebih murah. Penuh tempat ni dengan orang tempatan yang datang makan di malam hari. Sangat meriah dan semua fresh sangat! Pilihan pun sangat banyak.


sotong bakar sedapnya Ya Allah favourite!

udang galah ada lobster pun ada tau! pelbagai saiz udang ada


15)Pasar Filipina Souvenir


Lastly, aktiviti kami terakhir untuk 2 hari di Kota Kinabalu dan Kundasang adalah ke Pasar Flipina untuk cari souvenir dan ikan bilis bawa balik KL. Sini memang banyak pilihan tapi kalau bukan orang local, kena pandai tawar harga.

Terima kasih pada semua yang baca 15 aktiviti untuk di buat di Kota Kinabalu dan Kundasang untuk 2 hari 1 malam. Banyak kan aktiviti yang dapat dibuat dalam masa singkat, cuma kena sentiasa kuat dan bertenaga supaya dapat enjoy semua aktiviti. Pada siapa yang mahu ke Sabah tapi malas nak fikir itinerary, malas nak kena memandu jauh - jauh boleh juga ikut SSE Travel Budget Kundasang sebab mereka ada buat pakej Kota Kinabalu - Kundasang serendah RM290 termasuk penginapan! Jom jalan - jalan Sabah cuti ni 🤩


SSE TRAVEL 012 - 2941419
FB: SSE BUDGET TRAVEL & TOURS
IG: SSETRAVEL



No comments:

Currently Viewing

Instagram

Compilation video about us: