Friday, October 11, 2019

KALI PERTAMA KE TIOMAN! 4H3M ITINERARY





Assalamualaikum semua! Alhamdulillah untuk kali pertama dalam hidup, Saba dah berjaya ke Pulau Tioman walaupun keinginan nak ke sana itu dah lama membuak. Allah bagi rezeki, lepas habis event besar bulan September lepas, dapat invitation dari Tourism Malaysia Wilayah Timur (Pahang) untuk cover 'product update' di Tioman. Masa itu rasa macam perfect timing sungguh, sebab memang dah penat mengadap kerja projek selama 1 bulan. Kalau siapa yang tak familiar dengan term ' product update', bermaksud perkara, servis, benda, atau tarikan terbaru yang ada di Tioman. Jadi, kalau anda dah lama berfikir - fikir nak ke Tioman, boleh baca entri ini untuk mendapatkan update terbaru. Yeah 😎

Ready untuk explore Tioman yeay! #visitmalaysia2020 #vm2020

Kami bertolak dari MATIC, KL sekitar pukul 4.30AM dengan menaiki van persiaran yang disediakan oleh Tourism Malaysia Wilayah Timur (Pahang). Nasib juga bergerak awal pagi sebab anak - anak semua boleh tidur tak sedar diri. Perjalanan dari KL ke Jeti Tanjung Gemok ambil masa sekitar 5 jam dan tiba di jeti sekitar jam 10AM. Kemudian kami tunggu feri 10.30AM untuk ke Tioman. Harga tiket satu hala RM35 (dewasa) dan RM30 (kanak - kanak). Salah satu lagi cara untuk ke Tioman adalah melalui Mersing. Kalau dari Singapore, lagi dekat untuk ke Mersing sekitar 3 jam sahaja! Jadi kalau warga Singapore tercari - cari destinasi percutian dan ingin mendapatkan vitamin sea, boleh la consider Tioman sebagai salah satu destinasi ya!

Kami naik feri dan perjalanan di atas laut mengambil masa sekitar 2 jam. Sejujurnya, apa yang menyebabkan Saba belum pernah sampai ke Tioman adalah kerana jarak perjalanan yang jauh dan bagi Saba masih tidak begitu murah dengan segala susah payah. Tapi, bila dengar bermula dari awal November akan ada direct flight dari KL ke Tioman oleh SKS Airways, terus rasa bersemangat nak repeat semula trip ke Tioman! Landing dari airport terus terjun laut! Wah 💦

Jadi, ini adalah aktiviti kami sepanjang 4H3M di Tioman yang dirancang oleh Tourism Malaysia Wilayah Timur (Pahang), tapi sebelum itu nak cakap sebenarnya Tioman ni besar tau! Ada 8 kampung keseluruhannya dan kampung semua ada keunikan masing - masing, jadi 4hari ke 10 hari ke memang takkan cukup. Jadi anda perlu tahu apa yang anda nak dari trip ke Tioman supaya dapat merancang dengan betul. Bagi Saba, trip kali ni adalah introduction yang bagus untuk Saba yang tak pernah datang Tioman. Dapat cover macam - macam dan explore banyak tempat! Tapiiii, itinerary ni tak limited dengan apa saba tulis sahaja tau, nanti Saba share aktiviti bucket list di Tioman jadi kalau tiada dalam itinerary bawah ni, anda boleh masukkan sendiri okay! ✌



Hari Pertama ( KL - Tioman)

Gerak dari KL ke Tioman. Kami naik van persiaran kerana gerak as group tapi kebiasaannya boleh ke Jeti Tanjung Gemok menaiki bas. Boleh dapat harga bas sehala serendah RM32++. Kemudian, naik feri pula RM35. Kalau pergi - balik, sekitar RM150 juga. Sebab itu Saba cakap harga dia murah, tapi tak murah sangat sebab perjalanan jauh tu! Kalau naik flight jimat dah masa mungkin 6 jam (separuh hari aktiviti) dan harga mungkin atas sedikit je dari total costing jalan darat. Tak sabar nak tunggu SKS Airways launch route KL ke Tioman. 


- Sampai di Tioman, makan tengahari di Kampung Tekek. Kampung Tekek ini macam bandar dekat Tioman. Kedai yang kami makan adalah 1108 Tekek, berhadapan laut dan di sini bilik seperti cabin rate bermula RM200++. Kami cuma makan di sini, alhamdulillah sedap! Ada monyet friendly dekat sini asyik dikacau Adwin hihi.



First time jumpa complete team untuk Tioman: ada media dan 
juga wakil dari Tourism Wilayah Timur (Pahang). Lunch time di 1108 Tekek

- Lepas makan, kami terus check - in ke Berjaya Tioman Resort. Sebelum kami check - in, kami di bawa ke kawasan insiden kebakaran yang baru sahaja menyebabkan total loss untuk sebahagian kawasan di Berjaya Tioman Resort. Sepatutnya seminar kami dibuat di sini, tapi terpaksa di pindah ke lokasi lain. Tapi, resort masih beroperasi seperti biasa kerana ada dewan makan, dan juga kolam renang di kawasan lain yang tidak terjejas. Berjaya Tioman Resort ini merupakan resort bertaraf 4 bintang. Jadi kalau berminat untuk membuat percutian agak mewah, boleh pilih untuk menginap di sini. 

- Selesai membersihkan diri dan letak barang di bilik, kami terus berkumpul untuk di bawa snorkeling di Pulau Renggis! Memang excited dan refereshing sangat sebab hari pertama dah explore laut! Saba memang recommend selepas perjalanan yang panjang, perlu buat aktiviti laut di petang hari samada snorkeling atau mandi di tepi pantai. Kalau tidak rugi dan hari pertama akan berlalu begitu sahaja. 

Adam Adwin join snorkeling!
Yeay settle snorkeling with family! aktiviti best buat bersama

- Lepas snorkeling di Renggis, kami ke Marine park untuk mandi mana. Selesai mandi manda,  kami singgah minum petang di gerai tepi jalan pekena laksa dan keropok lekor sebelum balik ke Berjaya Tioman Resort untuk tukar baju dan makan malam. Selepas makan rest! Hari pertama sudah selesai.

Hari ke - 2 (Kampung Juara, Tioman)

- Breakfast pukul 8AM dan check - out dari Berjaya Tioman Resort 9AM. Pagi ini kami naik kereta 4WD untuk ke Kampung Juara kerana laluan dia menerusi kawasan berbukit yang agak curam. Memang hanya kampung Tekek dan Kampung Juara sahaja yang mempunyai laluan jalan darat manakala kampung - kampung lain hanya boleh sampai dan accessible menggunakan teksi air (water taxi). Perjalanan dari Berjaya Tioman Resort ke Kampung Juara ambil masa sekitar 30 - 40 minit kerana malam ke - 2 kami akan tidur di hotel The Barat Tioman. 

Sampai di Kampung Juara, kami terus check - in di hotel The Barat Tioman Resort. Suasana di The Barat Tioman rasa seperti di Bali. Semalam semasa di Kampung Tekek di kawasan yacht, rasa seperti di Maldives. Memang unik betul tarikan di Tioman, macam pergi banyak tempat di satu pulau. Kalau Kampung Juara terkenal dengan pantai dan kawasan kampung yang hipster. Cuma, di sini kurang kedai dan tidak begitu hidup di waktu malam, jadi tiada banyak aktiviti yang boleh dilakukan setelah malam kecuali di hotel. 

Macam dekat Bali kan? Memang best sungguh Tioman ni especially untuk family

- Hari ke - 2 kami cuma mempunyai perjalanan ke Kampung Juara, check - in, makan tengahari di Santai Bistro, seminar kemudian bebas untuk membuat aktiviti sendiri seperti mandi kolam di The Barat Tioman ataupun berenang di pantai hadapan resort. Hari ini kami agak santai dan lebih menikmati masa untuk berehat - rehat. Makan malam di hotel.


Hari ke - 3 ( Tekek - Asah - Tunamaya - Genting)

Hari ke - 3 merupakan hari yang paling padat sekali dalam masa trip. Sekiranya anda tidak mahu masukkan kampung Juara sebagai salah satu destinasi semasa melawat Tioman, lebih baik sekiranya anda buat aktiviti seperti discovery scuba diving atau melawat Air Terjun Asah pada hari ke -2 anda. Jadi masa anda tidak terlalu padat dan anda akan lebih enjoy membuat aktiviti. 

- Awal pagi selepas breakfast, kami check - out dan menaiki 4WD kembali ke Kampung Tekek untuk mengambil bot untuk ke destinasi - destinasi kami pada hari ke - 3. Di Tioman, hanya kampung Tekek - Juara sahaja yang mempunyai jalan darat, manakala yang lain pula perlu melalui jalan laut (water taxi). Sampai sahaja di jeti, barang - barang kami menaiki 1 boat terus ke Kampung Genting, manakala kami pula teruskan perjalanan kami ke aktiviti pertama pagi itu.

- Aktiviti pertama, kami kembali ke Pulau Renggis untuk snorkeling! Okay, sejujurnya sangat gembira kerana dapat kembali snorkeling sebab masa snorkeling pada hari pertama agak letih dan tidak puas. Pada hari ke - 3, kami lebih enjoy dan puas, malah equipment snorkeling pada waktu itu lebih kemas dan nampak baru. Siap boleh nampak ikan todak lagi! Memang lebih puas hati untuk snorkeling di waktu pagi.

- Kemudian, kami ke Pulau Tomok pula untuk snorkeling lagi! Kalau tadi di Renggis lebih kepada ikan yang pelbagai, di Tomok pula leboh kepada batukarang (coral) yang menarik dan bulat - bulat. Hari ini memang puas hati dengan snorkeling. 

- Selepas selesai bersnorkeling, kami singgah sebentar di Kampung Paya untuk melawati satu resort iaitu Aman Tioman. Resort di sini juga sangat selesa kalau nak stay! Kolam renang dia berasaskan air terjun memang sangat cantik.


- Selesai lawatan di Kampung Paya, kami terus menaiki bot ke TUNAMAYA untuk lunch. Dekat sini bukan kampung, tapi sememangnya private area untuk resort Tunamaya. Sangat lah cantik tempat ni dan sangat - sangat exclusive! Masa masuk ke sana, kami di sambut oleh staf yang nyanyi - nyanyi. Happening betul! Air dia warna biru dan di situ adalah private beachfront untuk Tunamaya. Ada 3 cara untuk ke sini dah salah satu nya adalah private flight gais! Wah, kalau honeymoon sini memang sangat lah sesuai. Kami cuma melawat resort dan makan tengahari di sini, dan makanan dia sangat da bomb! Bila kami buat room inspection, terkejut bila katanya harga bilik bermula dalam RM400+ / night. wah!! sangat murah untuk this kind of experience! Berkobar nak datang balik nak stay sini 2D1N dekat Tunamaya. Sangat nice!

Santai di private beachfront Tunamaya.

- Settle di Tunamaya, kami meneruskan kepada aktiviti hari ke -3 iaitu ke Kampung Asah untuk hiking mencari air terjun. Perjalanan ke air terjun sekitar 30 minit sahaja, ada tangga jangan risau. Sampai kat atas, dah dengar bunyi air terjun dan bila celup kaki dalam air, fuh sejuk sampai ke tulang. Dekat sini kami habiskan masa dalam 40 minit sebelum bergerak ke destinasi terakhir iaitu Kampung Genting. Itu pun sebenarnya dah flat sangat. Anak - anak semua tidur dalam bot.

Misi cari air tawar pula hihi air terjun Asah

- Akhir sekali, kami tiba ke Kampung Genting dan check - in di Damai Tioman. Kampung Genting adalah kampung yang lebih ekonomi dan di bangunkan oleh orang melayu. Jadi, di sini lebih berkonsepkan melayu. Selesai letak barang dan solat asar, kami terus ke aktiviti yang paling di tunggu iaituuuu...... DISCOVERY SCUBA DIVING. Di sini harga aktiviti DSD adalah RM180 dan kami beruntung apabila pihak tourism tawarkan pada kami sekiranya nak join aktiviti ni. Mestilah nakkkk! Terus ke sana, sign form etc, pakai baju cari fin, google terus ke tepi pantai untuk sesi taklimat. Kalau snorkeling saba pakai niqab, untuk DSD ni tak berani sebab tak pernah buat lagipun lebih mencabar dari snorkeling. Snorkeling dekat paras permukaan laut je kalau jadi apa -apa senang nak cari udara, kalau dalam air? habislah 👀 jadi lepas pakai tank oxygen semua kami pun mulakan DSD. insyallah ini saba share lebih lanjut dalam entri ke -2 apa aktiviti yang menarik boleh anda cuba di Tioman, jadi boleh la karang itinerary sendiri 👍


Jom join discovery Scuba Diving. Memang aktiviti wajib kalau tak pernah cuba


- Habis DSD, semua dah penat sangat full day hari ke -3. Kami makan malam dan rehat. Esok nak bangun awal kejar feri pagi 😆

Hari ke - 4 (Tioman - KL)

- Hari terakhir di Tioman, kami check - out se awal 8AM selepas breakfast dan tunggu feri di Jeti Kampung Genting untuk gerak balik ke Jeti Tanjung Gemok. Di sini kena ada di terminal 1 jam sebelum sebab kata orang, kalau feri ni suka hati dia nak jalan pukul berapa. Kadang dia datang awal, kemudian terus gerak je! Maka terlepas lah. 

- Feri sampai agak lewat, sempat kami lambai - lambai babai ikan dan Tioman. Naik feri macam masa datang, 2 jam perjalanan. 

Sampai di jeti kami naik van untuk kembali ke KL. Lagi 5 jam perjalanan! 😂 Bestnya kalau dah ada flight terus ke sini. Tapi sebelum gerak balik, kami singgah makan dahulu udang galah di Rompin. Memang best, kawasan ini memang terkenal untuk makan udang galah. Then, perut kenyang terus lah gerak balik KL.

- Kami sampai di KL sekitar 8PM tapi pergi makan - makan dahulu, sampai rumah sendiri pukul 11PM. Alhamdulillah untuk trip ke Tioman atas anjuran Tourism Wilayah Timur (Pahang) memang membuka mata tentang Tioman, best untuk first timer macam kami, dan insyallah best untuk repeat lagi! Ada banyak lagi kampung belum explore. Mestilah kena repeat balik!

Jadi, untuk review honest dari Saba, Tioman totally worth your visit! Kalau ada hari lebih, better pergi 5H4M, tapi 4H3M pun dah just nice! Kalau nak budget dan ekonomi serta backpack, boleh la target stay dekat Kampung Genting sebab sana banyak rate murah. Makanan pun senang dapat! Maybe kalau nak kira budget, rasanya pergi balik naik bas naik feri, stay hostel, aktiviti boleh dapat 1 orang RM500 budget. Kalau return trip BAS + FERI RM130, 3 malam stay hotel kalau twin sharing RM90 bahagi 2 jadi RM45 jadi 3 malam RM135 jadi total RM269. Jadi ada baki lagi RM230 boleh buat aktiviti dan makan! so kena la budget budget! Insyallah next entri saba nak share tentang aktiviti yang kena masuk bucket list korang bila ke Tioman! Stay tune!

No comments:

Currently Viewing

Instagram

Compilation video about us: