Saturday, October 12, 2019

Tips stay mana di Tioman

Senarai Kampung berbeza Tarikan, ini yang perlu anda tahu sebelum bercuti ke Pulau Tioman

ENTRI BY : AZLAN ANDI


Uniknya Pulau Tioman yang ramai tak tahu. Perasan tak, kalau korang search Tioman kat Google, atau Facebook ke Instagram, jarang orang ada gambar di spot yang sama. Seolah-olah mereka ambil gambar di tempat berbeza. Padahal kat Tioman juga kan??? Ada yang background nampak style hipster, ada yang macam kat negara barat, ada yang macam kat China, ada yang betul-betul kampung. Sebabnya, di Tioman ada beberapa kampung berbeza tapi setiap kampung membawa identiti, tarikan dan style yang berbeza. Jadi, sebelum korang ke Tioman, better baca entri ini supaya boleh tahu nak ke kampung mana dan pengalaman apa yang korang nak dapatkan bila ke Tioman. First of all, you guys tengok map Tioman dulu. Bentuknya dikenali sebagai 'a Tear-drop Island' :


PETA TIOMAN


Dari pengalaman saya ke Tioman haritu, berikut adalah beberapa jenis kampung untuk bagi gambaran pada anda supaya memudahkan perancangan anda ke Tioman nanti.

1) Tekek

Saya akan mulakan dari Kg Tekek. Tekek ni ialah main town, pusat utama Tioman. Mostly orang Tioman mendapatkan sumber bekalan dari sini. Contohnya bekalan makanan, barangan runcit, bekalan tenaga, minyak dan sebagainya. Malah lapangan terbang pun terletak di sini. Tempat penginapan yang mewah pun kebanyakan di sini. Malam pertama, kami tidur di Berjaya Tioman Resort, fuh memang kelas feeling dia. Tekek memang happening, boleh kata 24jam hidup so kalau anda suka suasana macam tu, menginaplah di Tekek kalau ke Tioman.

2) Kampung Juara

Warga Millenial pasti suka dengan Kampung ni sebab memang banyak spot instagrammable malah kebanyakan resort di sini semuanya konsep ala-ala hipster and urban. Dari apa yang saya diberitahu, harga pun average. Kami sempat tidur di sini 1 malam. Memang terasa Tak terlalu mahal dan tak terlalu bajet. Semasa kami di Kampung Juara kami sempat tidur 1 malam di The Barat Tioman, dengan dekorasi tempat bersantai di pantai fuh terasa seperti bercuti di Bali, Indonesia. Jadi jika anda suka suasana ranggi lagi unik tempat you guys kat sini, Kampung Juara. 


3) Kampung Air Batang / Salang

Kampung ni pula sesuai untuk mereka yang nak feeling-feeling seperti berada di luar negara. Ini kerana kawasan Kampung Air Batang memang terkenal dalam kalangan para pelancong dari luar negara. Jangan hairan kalau ke sana ada ramai Mat Salleh terutama sekali di ABC (Air Batang Challet). Namun, bersesuaian dengan target market para pengusaha resort di sana, tentunya harga juga mengikut kadar para pelancong luar.


4) Kampung Mukut

Berbeza dengan Kampung Air Batang atau pun Kampung Salang, Kampung Mukut terkenal dengan keaslian tradisi Pulau Tioman itu sendiri. Otai-otai Pulau Tioman ramai yang tinggal di sini. Kalau ada majlis keraian, atau sambutan tradisi, memang meriah Kampung ni. Nak rasa suasana the origin of Pulau Tioman menginaplah di sini.

5) Kampung Genting

Jangan terkeliru dengan namanya, suasana kampung Genting bukanlah seperti di Genting Highland tu. Kampung Genting ni majoriti didiami oleh orang Melayu dengan suasana kampung yang damai. Rata-rata yang datang ke sini ialah pelancong domestik, orang-orang kita. Suasananya mesra keluarga, dari suasana bilik yang sederhana, juadah makan pun yang mengikut selera tekak kita, dan aktiviti pun relax dan lebih ekonomi. Nak jimat menginaplah di Kampung Genting, kami sempat tidur di sini 1 malam di Damai Resort, memang rasa macam balik kampung halaman. Host yang melayan kami sepanjang di sini pun mesra dan baik-baik semua.

6) Kampung Paya

Diberi gelaran The Chinatown of Tioman Island. Seperti gelarannya, majoriti penduduk Kampung Paya didiami oleh kaum Cina. Pelancong luar dari China terutamanya juga gemar ke sini. Walaupun begitu masih ramai pengunjung Melayu yang datang ke sini terutama yang menginap di Paya Beach Resort. 


Ada lagi kampung yang lain tak sempat saya kenali tapi secara keseluruhan gambaran untuk rujukan anda, 6 Kampung ni yang saya tahu, sekiranya anda tahu ada mana-mana lokasi yang saya tertinggal boleh kongsi diruangan komen. Semoga dengan perkongsian saya kali ini dapat membantu anda membuat pilihan nak tidur kat mana bila ke Tioman. Apa pun saya nak share satu nasihat dari penduduk tempatan yang bawa kami berjalan sekitar Tioman, katanya kalau nak fully appreciate experience di Tioman ni datanglah beberapa kali instead of tinggal lama sampai berminggu-minggu semata-mata nak merasa experience yang berbeza sekitar Tioman. Itu lagi seronok. Jadi jangan nilai Tioman dari pengalaman pertama anda ke sini ya! SElamat bercuti :D

Sekian tips Pulau Tioman. Next sy nak share aktiviti unik yg korang boleh experience di Tioman ni tp susah nak dpt tempat lain.

#Visitmalaysia2020 

No comments:

Currently Viewing

Instagram

Compilation video about us: