Assalamualaikum, Hi! 

Saya Sabatini. Boleh panggil saya Saba, di sebelah saya ialah Azlan Andi. Suami saya. Kami berdua merupakan penulis buku dari Malaysia. Saya memutuskan untuk bernikah dengan Azlan semasa kami sedang dalam semester akhir pengajian kami di United Kingdom. Kisah pertemuan kami berdua kami nukilkan melalui buku pertama suami saya yang bertajuk Biniku Ninja. Melalui buku itu kisah kami diadaptasi menjadi drama siri di stesen TV tempatan sepanjang 27 episod sepanjang bulan Ramadhan 1439H.

Sejak itu kami memutuskan untuk membuka perniagaan sendiri yang dipanggil Qowiy Global Resources untuk menerbitkan buku dan penghasilan media kreatif untuk tujuan pemasaran secara online. Kami juga banyak berkongsi pengalaman pengembaraan, dakwah dan pengajian di seluruh Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Setelah 2 tahun berkahwin kami dikurniakan sepasang cahaya mata kembar lelaki Adam Qowiy dan Adwin Qowiy. 2 tahun setelah itu pada tahun 2018 kami dikurniakan seorang lagi cahaya mata perempuan iaitu Adwa Qowiyyah. 


Sehingga kini blog ini merupakan satu-satunya blog rasmi kami berkongsi tentang 
kisah kami travel, memburu makanan halal, dan kisah kekeluargaan. Semoga perkongsian kami bermanfaat, dan sekiranya anda ada sebarang pertanyaan mahu pun jemputan boleh hubungi kami di:

 +60189014301 | +60176708864 sabatinidzue@gmail.com | azlanshahandi@gmail.com Instagram: @sabatinidzue | @azlanandi

No comments:

Currently Viewing

Followers

Instagram

Compilation video about us:

Facebook



Total Pageviews